Tak tahu pula aku apa nama maskot Milo kotak ni, tapi inilah dia dua getah pemadam dengan gambarnya yang amat ceria sekali. Ya....seceria Cik Amoi yang berjaya membuat aku beli tiga pek Milo kotak (dengan enam kotak setiap pek)...aduhhh.
Tapi, yang membuatkan aku nak beli Milo kotak ni bukanlah setakat nak dapatkan getah pemadam tu malah tujuan sebenarnya adalah untuk mendapatkan folder Milo kotak macam yang di bawah ni. Haaa...yang ni baru mengancam. Pertama kali aku nampak folder ni adalah sewaktu berkunjung ke temasya suka-ria sambutan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu di Dataran Merdeka. Nak dapatkannya pula bukannya senang. Udah le kena beratur panjang, bila dah tiba giliran, kena pula duduk atas basikal dan pukul bola (dengan kayu hoki) sampai masuk lubang. Perggghh...bukan kerja mudah tu, serupa sarkis pun ada...kah kah kah. Kali kedua pula aku jumpa di Jusco. Masa tu kena main game yang agak pelik juga dan tak tentu boleh dapat folder ni. Kali ketiga jumpa barulah senang sikit. Beli tiga pek dan aku boleh pilih sesuka hati aku yang mana satu gift yang aku mahu, dan tentunya aku pilih folder ni....... getah pemadam tu kira bonus, senyum lebey sikit, Cik Amoi pun bagi...hikhikhik.
2 comments:
FOLDER TU SAYA DAH ADA. PEMDAMNYA TIDAK ADA LAGI..
baru lagi nih, sikit hari lagi mesti dapat tu... :)
Post a Comment