Wednesday, November 7, 2012

rock terus rock...

Pin Hard Rock Cafe lagi hari ini, tapi kali ini dari Melaka pula. Sebenarnya Hard Rock Cafe Melaka ni belum dibuka lagi, malah bangunannya masih belum siap dibina sepenuhnya. Walau pun pada asalnya dijangka akan mula beroperasi pada 12/12/12 namun setelah bersembang dengan brader Hard Rock yang menjaga kedai ni, beliau memberitahu..."tak jadi kot, mungkin tahun depan". Jadi tahun depan sajalah baru boleh dapat pin "Grand Opening" dan kalau bernasib baik...boleh dapat versi "staff". Sementara itu, kita layan dululah pin yang di bawah ini...

Pin Hard Rock Cafe Melaka berbentuk pick gitar. Terhad kepada dua ratus biji sahaja...




...dan yang ini pula pin 4th of July sempena sambutan Independence Day Amerika Syarikat. Hari Merdeka punya takda ka...?

1 comment:

fairus said...

pergh.. hard rock melaka tu.. baru je tanya hari tu, dah dapat rupanya..