Ini adalah tin/tong Chupa Chups yang kedua aku dapat, versi terkini dan dengan design yang paling baru. Yang pertama, anda boleh lihat di sini. Ok, jenuh juga aku nak memujuk Cik Cashier untuk dapatkan tin ni. Namun setelah dia check dengan supervisor, supervisor pula check dengan floor manager, dan floor manager check dengan manager, dan manager akhirnya check dengan pekerja store yang kemudiannya check dengan store manager, akhirnya permohonan aku diluluskan. Perghhh, ngalahkan nak buat pinjaman bank...hahaha. Jadi berjayalah aku beli tin/tong ni sekali dengan isinya yang hanya tinggal satu pertiga sahaja (...tak le mahal sangat jadinya). Dan ke mana isinya? Dah selamat didermakan sewaktu kenduri menyambut Ramadhan hujung minggu lepas. SELAMAT BERPUASA......
3 comments:
Hebat lah u ! I pun cuba nak dpt tapi x lulus. Bwaaaa !!
biasa-biasa saja, cuma guna teknik "look into my eyes....", hehehe...
ada jual ke
Post a Comment