Friday, December 4, 2009

Baju Hard Rock Malaysia

Oklah, settle bab hotel, kita kembali ke alam kolek-meng-kolek. Seterusnya adalah koleksi t-shirt Hard Rock aku. Ada yang baru, ada yang lama, dan ada yang dah masuk kotak. Silalah...
*
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
1990an
*


Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
2009 - Long-sleeve


Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

(tahun dua ribu berapa ya...)



Hard Rock Hotel Penang

2009


Hard Rock Hotel Penang
2009




Hard Rock Hotel Penang
2009



Hard Rock Hotel Penang
2009


Souvenir dari hotel...

Alang-alang dah tidur kat situ, biarlah ada sedikit souvenir kan...
Ini adalah kunci bilik aku. Seperti yang tertera di belakang kad tu, ia harus dipulangkan bila nak check-out, kalau tak caj RM15 akan dikenakan. Seperti biasalah, masa nak settle bil aku buat senyap je (tapi stand-by juga la kalau dia minta balik). Bila dapat resit, si cashier pun senyum, aku pun senyum juga la. Terimakasih....
*


Ini pula adalah souvenir platinum record dari HRH. Guests yang booking on-line dia akan bagi satu sempena pembukaan HRH (terhad sehingga 18/12/09 sahaja katanya).


hahaha...ayaq mineral pun ambik


selipar bilik tidoq


...dari kedai makan Hard Rock


Batu Keras di Batu Ferringhi

Hard Rock Cafe dah agak lama dibuka kat Malaysia ni. Kalau nak ikut kan, Hard Rock Cafe yang pertama (setahu aku...) telah dibuka di Taman Tun Dr. Ismail KL. Haaaa, terkejut...? Tak percaya...? Nanti aku akan postkan buktinya. Buat masa ni kita layan dulu kisah ni. Pada tahun 1980an dulu, sebuah establishment telah dibuka di TTDI dan dinamakan Hard Rock Cafe cuma ia bukanlah sebahagian dari rangkaian HRC yang kita kenali seperti yang dibawah ni. Logo pun lain, cuma nama saja sama. Kat situ ada live band dok main, biasanya band rockers la. Dan yang aku ingat diantara band-band rockers tu adalah kumpulan Search. Yeahhhh, masih muda dan masih ganaszzz. Namun oleh kerana masa tu aku masih dikategorikan sebagai "bawah-umur" jadi kena lepak kat luar je la sambil layan lagu rock secara live... Akhirnya pada tahun 1991 barulah Hard Rock Cafe (yang ori) dibuka di Jln Sultan Ismail, KL.

Sekarang ni pula , kita dikejutkan dengan kemunculan satu lagi Hard Rock iaitu Hard Rock Hotel. Mula beroperasi sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, ia terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang. Dengan kolam renang terbesar di P.Pinang (3x saiz kolam renang olimpik) dan bermacam-macam "rock memorabilia" (dari motley crue ke chuck berry ke beatles dsb.), sememangnya la menarik landing kat sini. Aku sempat bercuti di sana dengan adik-beradik aku dan ini sedikit foto aku nak share. (lari sat dari bab dah masuk kotak noooo...)

Sampai pun dah lewat...

masih lagi mood Raya

lama juga aku duduk bawah lampu logo HRH ni sebab tunggu dia tukar colour


patung Michael Jackson kat depan Hard Rock Cafe


M.J. di siang hari


ni la gitar gergasi kat entrance HRH
(replika gitar Chuck Berry)


patung (busts) ahli The Beatles yang menyambut tetamu di pintu masuk


mural (mozaik) The Beatles di pintu masuk kafe hotel

gambar lukisan The Beatles

lagi patung The Beatles, kali ni di atas bumbung
pool bar The Shack


pameran lukisan artis tersohor, Imuda di Hard Rock Hotel,
memang superb



pasu besaq, senang nak siram


di setiap tingkat dihiasi dengan memorabilia dan gambar-gambar artis terkenal seperti di bawah ni
(tak payah le cuba nak bawa balik, semuanya dah di paku ke meja...)


tanda penghargaan kepada kumpulan Megadeth atas
jualan album melebihi 500,000 unit


kafe hotel... sarapan pagi


Elvis tengok aku mandi....


Hard Rock Cafe Penang


Ella menyumbangkan sebuah gitar dan jeans kegemarannya...


gendang Zainal Abidin yang menjadi hiasan di Hard Rock Cafe


Tuesday, December 1, 2009

Nama ku Bond, James Bond...

Koleksi kereta James Bond yang dikeluarkan oleh Shell, kenit tapi kemas didalam briefcase nya. Jika dikeluarkan dari kotak dan ditanggalkan dari standnya, boleh bergerak seperti kereta mainan biasa. Empat kereta yang bawah ni dikeluarkan pada tarikh yang telah ditetapkan tetapi kereta yang last tu keluar pada tarikh yang sama filem Quantum of Solace mula ditayangkan. Briefcase tu pula kena order baru boleh dapat. Oklah nak pi breakfast dulu. Mamak....teh tarik satu, bak kata James Bond, kasi goncang, bukan kacau....