Thursday, December 2, 2010

Star Trek Cards 15

Star Trek Voyager Season One Series Two ini adalah sambungan kepada siri pertamanya. Kad set kali ini memaparkan imej dari kesemua enambelas episod dari musim pertama siri ini. Dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1995, set yang aku ada ini mempunyai sembilan puluh keping kad.










Star Trek Cards 14

Tahun 1995 menyaksikan kemunculan sebuah lagi siri Star Trek, kali ini bertajuk Star Trek Voyager dan buat pertama kalinya ia mengenengahkan seorang wanita sebagai teraju utama atau kapten. Ahaaa, suatu kelainan di situ. Kalau STTNG ada kapten dan starshipnya yang baru, STDS9 pula dengan stesyen angkasanya, Star Trek Voyager pula ada kapal angkasa U.S.S. Voyager yang power tetapi telah terperangkap di Delta Quadrant yang jauhnya 75,000 trillion lightyears dari bumi (menurut pak gugel dan International Astronomical Union, satu lightyear adalah lebihkurang sepuluh trillion kilometer). Jadi kisahnya kali ini adalah mengenai Voyager dan krewnya yang terpaksa mengharungi pelbagai pengalaman dan rintangan dalam usaha mereka untuk pulang "in one piece".
.
Set trading cards ini pula adalah set Star Trek Voyager Season One Series One. Ia mengandungi sembilan puluh lapan keping kad dan telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1995. Imej adalah daripada episod pengenalan siri ini yang bertajuk "Caretaker". Terdapat juga sub-set sembilan-kad seperti mural "Voyager" (cantuman sembilan kad), set "Behind-the-Scenes" dan set "24th Century Technology".



.








Star Trek Cards 13

Star Trek: Deep Space Nine - Series Premiere, ini adalah set pertama yang dikeluarkan bagi siri Star Trek Deep Space Nine. Didatangkan dalam kotak khas, set ini mengandungi lima puluh keping kad dimana dua daripadanya adalah spectra cards (yang menggunakan teknik foil - efek pembalikan cahaya berwarna-warni). Terdapat juga kad survey dan kad sijil sah edisi terhad. Dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993 dan hanya ada seratus lima puluh ribu set sahaja dalam edaran.







Star Trek Cards 12

Satu lagi siri Star Trek ialah Star Trek: Deep Space Nine (DS9). Mula ditayangkan pada tahun 1993 di waktu Star Trek The Next Generation sudah hampir ke penghujung siarannya. Siri Star Trek pada kebiasaanya berkisar tentang pengembaraan dan kehidupan krewnya di atas sebuah starship, tapi kali ini ia agak berbeza dimana dalam siri ini ia adalah mengenai kehidupan yang berlaku di sebuah stesyen angkasa lepas yang diberi nama Deep Space Nine...
.
Ini adalah set trading cards DS9 yang dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993. Set ini mengandungi sembilan puluh sembilan keping kad dan memaparkan imej dari siri musim pertamanya.












Mister Potato

Semalam masa di Petronas aku ternampak akan beg hijau ni, banyak betul aku kata. Aku pun tanyalah dengan gadis petronas, "apa tu....?". Dia pun beritahu, "itu pek kombo bang, sepuluh ringgit satu. kalau abang beli boleh masuk peraduan". Setelah aku periksa kandungannya, wow... boleh tahan juga, macam-macam ada. Aku pun belilah satu...
.
depan
.
belakang

tepi


isinya