Thursday, December 2, 2010

Star Trek Cards 14

Tahun 1995 menyaksikan kemunculan sebuah lagi siri Star Trek, kali ini bertajuk Star Trek Voyager dan buat pertama kalinya ia mengenengahkan seorang wanita sebagai teraju utama atau kapten. Ahaaa, suatu kelainan di situ. Kalau STTNG ada kapten dan starshipnya yang baru, STDS9 pula dengan stesyen angkasanya, Star Trek Voyager pula ada kapal angkasa U.S.S. Voyager yang power tetapi telah terperangkap di Delta Quadrant yang jauhnya 75,000 trillion lightyears dari bumi (menurut pak gugel dan International Astronomical Union, satu lightyear adalah lebihkurang sepuluh trillion kilometer). Jadi kisahnya kali ini adalah mengenai Voyager dan krewnya yang terpaksa mengharungi pelbagai pengalaman dan rintangan dalam usaha mereka untuk pulang "in one piece".
.
Set trading cards ini pula adalah set Star Trek Voyager Season One Series One. Ia mengandungi sembilan puluh lapan keping kad dan telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1995. Imej adalah daripada episod pengenalan siri ini yang bertajuk "Caretaker". Terdapat juga sub-set sembilan-kad seperti mural "Voyager" (cantuman sembilan kad), set "Behind-the-Scenes" dan set "24th Century Technology".



.








No comments: