Saturday, April 2, 2011

Batman Vol 1 #167

Koleksi komik Batman yang ...dah masuk kotak


Batman Vol 1 #167, November, 1964


"Zero Hour For Earth"

Cover Artist : Carmine Infantino

Writer : Bill Finger

Penciler : Bob Kane

.

Bob Kane dan Bill Finger merupakan artist dan penulis yang bertanggungjawab mencipta karakter Batman yang pertama kali muncul di dalam Detective Comics #27 pada Mei 1939.

Friday, April 1, 2011

aikkk, macam sama je....

Satu lagi set playing cards dari MAS dengan logonya yang lama, bulat dan menawan. Namun cuba perhatikan design atau corak yang ada pada kotak dan kad. Design kerawang-kerawang dengan logo di tengah. Macam pernah lihat? Yeahhh, itulah design yang digunakan pada coaster MAS seperti yang telah aku posting tempoh hari. Cuba check kat sini, sama tak....

masih ber-sealed.



orang putih panggil...


orang Malaysia panggil...


dengan ingatan tulus ikhlas dan free beb, tak dapat dah sekarang...
.

daun terup


si joker dengan design gasing dan layang-layang




daun aku tinggal satu....

Kadang-kadang kalau naik kapalterbang ni boleh jadi bosan juga. Takkan nak melangut tengok awan je, berapa lama boleh tahan ye tak. Kena pula time tu tahun tujuhpuluhan atau awal lapan puluhan, mana la ada game-game console bergerak macam sekarang ni, mana lah nak ada gameboy ka PSP ka atau yang seumpama dengannya.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan dan menimbulkan keceriaan di dalam sesi penerbangan yang sedang dialami, kita pun minta le dengan cik stewardess barang sekotak dua daun pakau ni atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya, playing cards. Yang tambah bestnya, kad-kad ni boleh diminta dengan percuma, tak perlu bayar sesen pun. Cukup sekadar ucapan terimakasih dan sekuntum senyuman. Yeahhhh, jom kita main colek seround...

.






teh satuuuu...

Asyik dok pekena ayaq yang sejuk saja, sekali sekala nak juga ayaq panas betul tak? Ok, seingat aku, biasanya selepas makanan dihidangkan di dalam pesawat, cik stewardess akan bertanya kepada penumpang budiman samada inginkan air teh atau kopi. Kalau aku, aku minta teh la. Jadi cik stewardess akan menuangkan teh ke dalam cawan hijau seperti yang kat bawah ni. Kalau tak silap aku inilah dia cawan melamine buatan Noritake yang digunakan dalam kelas ekonomi, kalau first class lain pula cawannya, sudah tentu versi kaca ya tak. Apa-apa pun, kita layan teh kat kelas ekonomi dulu, first class punya hal kita cerita hari lain....

.





coaster, bukan bas...

Coaster merupakan sejenis lapik pada gelas minuman. Ada yang diperbuat daripada plastik, ada yang daripada kaca, daripada gabus, dan yang daripada besi pun ada. Designnya pula, tak payah nak ceritalah, lagi macam-macam yang ada. Sebagaimana designnya, fungsi coaster ni pun pelbagai juga. Paling basic, ia digunakan untuk memelihara permukaan meja agar tidak rosak dek air. Disamping itu juga, sesetengah coaster berfungsi sebagai penyerap air dari minuman sejuk yang "berpeluh". Dan tak kurang juga yang digunakan bagi mempromosi bisnez atau tempat dimana coaster itu digunakan.


Di bawah ini adalah coaster MAS dengan logo lamanya. Diperbuat daripada kertas (campur plastik?), designnya amat menarik dengan kerwang-kerawang dan berlogo ditengah. Kalau dah pakai ni gelas tu taklah bergerak-gerak bila pesawat terlanggar awan....

.