Saturday, December 3, 2011

mana mini minu...

Sempena hari natal yang semakin hampir, maka bermacam-macam rupalah cokelat yang muncul di pasaraya-pasaraya terkemuka untuk dipilih dan dibeli oleh masyarakat 1Malaysia. Bagi aku, tidaklah aku hiraukan sangat akan apa yang di-offer sebab tiap-tiap tahun lebihkurang gitulah cokelat-cokelat yang diperagakan. Kecuali pada tahun ini...

Yang kat bawah ini memang menangkap minat aku. Pertama, cokelat TWIX ni sememangnyalah menjadi favourite si dia sejak mula kenal lagi, dan keduanya cokelat ini datang siap dengan tinnya yang agak menarik. Ahaaa, bila mai bab tin nih, cerita sudah lain, sudah jatuh hukum compulsory untuk diangkat... hahaha. Didatangkan dalam set tiga beradik, TWIX, Snickers dan M&M's, aku cuma dapat yang ni saja sebab yang dua lagi sudah tidak kelihatan lagi. Takpa, pelan-pelan kita cari...






Friday, December 2, 2011

lepak tepi sungai...

Ahli terbaru dalam keluarga Hard Rock Cafe Malaysia, inilah dia Hard Rock Cafe Melaka. Baru dibuka tak sampai beberapa bulan, yang dibawah ini hanyalah Rock Shopnya sahaja (kedai souvenir) dan cafe sebenarnya masih dalam pembikinan dan belum siap lagi. Menurut stafnya, hujung tahun ni siap kot...




Dan di bawah ini adalah model dan pelan lokasi sebenar HRC Melaka, terletak di Lorong Hang Jebat dan mengahadap Sungai Melaka.


Anda nampak tiga biji kereta di belakang tu? Yang berwarna merah, hitam dan merah? Ahaa, itulah dia Jonker Walk, dekat saja dengan HRC Melaka ni. Boleh shopping...



Hard Rock Cafe Melaka



Diantara Hard Rock Memorabilia yang dipamirkan di dalam Rock Shop HRC Melaka. 

Jaket denim KC & The Sunshine Band sewaktu World Tour '94/'95.


T-shirt dan CD yang disain oleh Tiffany yang suatu dulu amat masyhur dengan lagu "I Think We're Alone Now".


Vest Dave Koz yang disain sewaktu berada di Malaysia pada tahun 1993.



Barisan souvenir yang ada. 
Mari pilih, mari pilih...









Dan yang aku pilih, seperti biasa adalah pinnya...

Pin Halloween 2011









Pin Gitar HRC Melaka

Board frame-nya agak berbeza berbanding dengan yang HRC Penang punya di mana ia mempunyai permukaan merah ala baldu sedangkan yang ini kertas board biasa sahaja. Takpa lah, kasi chance kedai baru buka...






HRC Melaka 3D Pin

Yang ini special sikit dan rega pun ada up sikit. Kenapa? Sebab yang ini mempunyai landmark masyhur Melaka dalam bentuk 3D. Diorang kasi timbul sikit...




Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini oraganisasi WhyHunger, Hard Rock dan Yoko Ono sekali lagi menjalankan kempen "Imagine There's No Hunger" bagi mengatasi masalah kelaparan di kalangan kanak-kanak sedunia. Bagi setiap derma lima ringgit yang disalurkan bagi tujuan tersebut, penderma akan beroleh gelang tangan (seperti di bawah) sebagai tanda terima kasih.




Pamphlet yang aku angkut buat souvenir...


Pin yang dibeli semuanya dimasukkan ke dalam sampul nih...


...dan seterusnya ke dalam beg kertas nih.


Thursday, December 1, 2011

semuanya daripada oren...?

Iklan sudah baru, tin dan botol pet pun sudah baru, maka terimalah paper cup baru daripada Fanta. Ada tiga perisa, jadi ada tiga jenis paper cup lah. Tapi yang ajaibnya, semuanya "Diperbuat Daripada Perisa Oren Semulajadi". Wah, hebat nih...











bukan serial...

Bukan promosi nestle seratus tahun tu, tapi promosi cereal nestle jenama Honey Stars dan Koko Krunch. Biasalah, dah testing produknya minta le sikit paper cup buat souvenir...