Saturday, January 5, 2013

main-main lampu.....

Ini dia HotWheels Light Speeders yang menampilkan model kereta dari siri filem sukaramai Back To The Future. Agak lain macam sikit kereta ni jika dibandingkan dengan kereta-kereta HotWheels sebelum ni. Kalau ditekan butang biru pada alat berwarna kuning tu.....








...dan apabila cahaya yang keluar dari alat kuning tu timpa ke model kereta,


ia akan meninggalkan kesan berwarna biru. Haaaaa ...macam ajaib la pula ya. Dibekalkan juga bersama set ini stensil pelbagai corak ala ukiran yang boleh digunakan untuk kita dekor kereta ni dalam pelbagai corak yang kita mahu. Dan kesan akibat daripada cahaya tu tidak kekal, jadi bila dah hilang nanti, bolehlah kita men-design lagi.....hahaha.



Friday, January 4, 2013

aw aw awwwwooooo.....

Pada bulan duabelas yang lepas aku sempat berkunjung ke jualan mega buku-buku anjuran Si Musang Besar yang Jahat. Ingatkan nak pergi pakai kain pelikat saja tengah-tengah malam tu, mana tahu kot-kot boleh menang iPad retina scan yang ditawarkan sebagai hadiah utama bagi yang datang dengan berpakaian pelik, tapi hmmm ....takpalah. 

Seleksi buku-buku yang ditawarkan boleh tahan juga, untuk si Tua, untuk si Kecil...semuanya ada. Nak yang tebal, yang nipis, yang berkulit keras, yang lembik, yang berat, mahu pun yang ringan-ringan .....tepuk dada tanyalah selera (jangan lupa tanya dompet sudah). Bagi aku, boleh tahan berat jugalah beg biru kedai Sweden yang aku bawa hari tu, sarat dengan buku-buku, tapi buku yang ada kena-mengena dengan hobi kumpul-mengumpul.....ni diaaaaa. Buku Star Wars 1,000 Collectibles. Walau pun tak sampai sepuluh peratus pun collectibles tu ada dalam kotak-kotak aku ni, dapat tengok gambaq pun jadi la .....syok juga.














Thursday, January 3, 2013

minum preee...?

Beberapa paper cups  koleksi penghujung 2012. Diharap 2013 menyajikan design yang baru dan lebih menarik...

Kopi Chek Hup
...kalau tak silap, masa kecik dulu logo arnab dengan kereta sorong tu ada pada produk asam, betul ka?



Maggi
...nasi goreng boleh, mee pun boleh





Nescafe Gold
...yang ni special sikit, siap buka kaunter dan ada lima Cik Amoi jaga tolong bancuh kopi mengikut citarasa si pencuba




Pal Sweet
...manis yang selamat?





Super
...boleh tahaaan




Vico
...ayaq cokelat yang goooood


Wednesday, January 2, 2013

...kata-kata hikmat?

Ini dia promosi 100Plus sempena kempen Cergaslah Malaysia. Syaratnya, dengan setiap pembelian dua pek kembar seperti yang di bawah ini, pembeli akan dihadiahkan dengan satu bekas air 100Plus yang istimewa. Masalahnya, bekas air tu di datangkan dalam dua warna. Hahahaha.....nak kasi complete kenalah beli empat pek kembar. Bijak.....bijak sungguh kau 100Plus ya.....




Macam menarik plastik hijau yang berfungsi sebagai pemegang bagi mengangkat kedua-dua botol ini sekaligus.



...siap dengan logo embossed F&N lagi. Ingatkan nak simpan dan kumpul buat koleksi, tapi sekali lagi pandang.....sudah kena kerat sebab si isteri nak minum. Hahaha...apeda nasiiib.



Ini dia bekas air yang 100Plus souvenir tu....



Dengan kata-kata hikmat daripada
Khairul Fahmi Che Mat


...dan Safee Sali.





Tuesday, January 1, 2013

baharuuuu...

Selamat menyambut Tahun Baru 2013.
Sempena hari pertama pada tahun yang baru ini, aku tampilkan sesuatu yang juga baru.. Terimalah....beg Milo kotak Baharu Lebih Lazat.