Friday, January 4, 2013

aw aw awwwwooooo.....

Pada bulan duabelas yang lepas aku sempat berkunjung ke jualan mega buku-buku anjuran Si Musang Besar yang Jahat. Ingatkan nak pergi pakai kain pelikat saja tengah-tengah malam tu, mana tahu kot-kot boleh menang iPad retina scan yang ditawarkan sebagai hadiah utama bagi yang datang dengan berpakaian pelik, tapi hmmm ....takpalah. 

Seleksi buku-buku yang ditawarkan boleh tahan juga, untuk si Tua, untuk si Kecil...semuanya ada. Nak yang tebal, yang nipis, yang berkulit keras, yang lembik, yang berat, mahu pun yang ringan-ringan .....tepuk dada tanyalah selera (jangan lupa tanya dompet sudah). Bagi aku, boleh tahan berat jugalah beg biru kedai Sweden yang aku bawa hari tu, sarat dengan buku-buku, tapi buku yang ada kena-mengena dengan hobi kumpul-mengumpul.....ni diaaaaa. Buku Star Wars 1,000 Collectibles. Walau pun tak sampai sepuluh peratus pun collectibles tu ada dalam kotak-kotak aku ni, dapat tengok gambaq pun jadi la .....syok juga.














3 comments:

fairus said...

SUMBER RUJUKAN COLLECTORS.. :)

iaryylr said...

SYABAS BRO! Saya pun tak dapat pergi :)

Spallan said...

fairus...yeahhh

iaryylr...tq bro. takpa, tahun ni mesti ada lagi :)