Friday, January 11, 2013

beli barang di angkasaraya...?

Pada bulan duabelas yang lepas, adik aku dan familinya ada menggunakan perkhidmatan AirAsia. Mendengarkan hal itu, aku teringat akan set fridge magnet AirAsia yang waktu itu sedang hangat diperkatakan. Dengar kata memang cun dan sukar didapati. Kenapa sukar, aku pun tak pasti, mungkin disebabkan oleh kekurangan stok dalam pesawat agaknya. 

Sesampainya ke destinasi penerbangan, adik aku beritahu yang set fridge magnet tu tiada sewaktu penerbangan, Cik Pramugari kata dah habis. Wah... betul la apa yang orang cakap (fikir aku), susah nak dapat set ni, asyik habis saja. Jadi, aku beritahu adik aku, takpalah... kalau takda nak buat macam mana, belum rezeki untuk bertemu.

Tapi..... ahaaa, tapi yang pertama untuk tahun ini. Dalam penerbangan balik, bila ditanya pada Cik Pramugari, katanya set tu ada. Jadi adik aku terus belikan satu set dan juga satu deck playing cards AirAsia dan dihadiahkan kat aku. Yeahhhh, cheers Bro.....

Fridge Magnet AirAisia













Playing Cards AirAsia 2012






1 comment:

DINEE said...

menarik ni...tahniah..memang ekslusif