Monday, January 14, 2013

sebelum tengok meriam.....

Pada hujung bulan lepas aku ke Bukit Malawati Kuala Selangor sebagai aktiviti terakhir jalan-jalan bagi tahun 2012. Sewaktu hendak parking kereta, aku ternampak akan khemah-khemah kuning berlogo merah. Oooohhh, geng Maggi rupanya, aku pun singgah le sekejap...


Di khemah, seorang brader ber-tshirt kuning maggi  menghulurkan flyer ni kat aku... Wow, macam-macam barangan Maggi boleh ditebus. Syaratnya, aku kena pergi ke kedai runcit (berdekatan) yang mengambil bahagian, dan bagi setiap pembelian produk Maggi bernilai lima ringgit aku akan diberikan satu kupon.



Inilah dia rupa kuponnya. Aku hanya perlu satu kupon sahaja untuk menebus mana-mana satu barangan Maggi yang ditawarkan. Tak kiralah, payung ka, calculator ka, notepad ka, beg pouch ka, apa ka....semuanya satu kupon sahaja untuk menebus satu barangan.  


Hahaha...seronok betul la macam nih, macam-macam aku boleh tebus. Namun...yang indah itu hanya sementara. Baru nak berkhayal claim macam-macam benda, brader yang tadi tu menunjukkan bunting yang disebelah khemah. Hampir semua barangan yang boleh ditebus, sudah dipangkah....sudah habis ditebus. Yang tinggal hanyalah buku resepi dan shade cermin kereta. Kahkahkah ...terkejut aku dari lamunan. Rupa-rupanya, brader tu kata.... ramai yang dah datang awal pagi tadi dan menebus, jadi ini saja yang tinggal. Takpalah, buku resepi pun buku resepi lah dan inilah dia souvenir-nya.....










Selepas menebus...sempat lagi aku layan permainan Maggi yang diadakan. Dapat le hadiah-hadiah ni...hehehe.



No comments: