Tuesday, January 22, 2013

senyum selalu...

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tak lama lagi, maka keihatanlah peket-peket angpow pelbagai rupa diberikan secara percuma kepada pelanggan-pelanggan tak kira samada Melayu, Cina mahu pun India. Set yang di bawah ini aku dapat daripada kedai duapuluhempatjam. Syaratnya, kena beli ayaq F&N dua botol baru boleh dapat sebungkus peket angpow ni. Tapi macam biasalah, bagi mengelakkan timbunan ayaq soda di rumah akibat daripada mahukan souvenir yang ditawarkan, kenalah ada taktik sikit. Aku pun terus bertanya kepada Cik Nona yang bertugas, ada lagi ka peket angpow F&N tu? Lalu Cik Nona menjawab, "ada, abang nak ka?" Lepas tu...bak kata pepatah Inggeris, "the rest is history...".

...senyum, tak perlu kata apa-apa
senyum, tak perlu beli apa-apa.....






2 comments:

shootbirdhero said...

Rekaan sampul ang pow F&N paling cun dan kualitinya pun tidak kompromi.

Spallan said...

memang betul. designnya menarik, ada gold dan ada embossed. dan paling saya suka, tidak menggunakan gam untuk seal sampul, jadi jika di simpan lama tidak akan melekat antara satu sama lain.