Wednesday, January 16, 2013

kasi kaw punyer.....

Dari tahun lepas lagi aku dok usha kopi ni.....kopi Ah Huat. Bila aku cuba minum....mmmmm, boleh tahan. Ada empat jenis perisa semuanya tapi yang aku suka yang bawah ni, versi Lebih Kaw. Oleh kerana masa tu souvenir-nya hanyalah sebuah beg multi-purpose yang berlogokan Alicafe (kopi Ah Huat ni produk Power Root) dan bukannya Ah Huat, jadi aku tangguhkan dulu pembelian.



Nak jadi cerita, hari minggu yang lepas aku terjumpa lagi promo kopi Ah Huat ni. Memandangkan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, maka bermacam-macamlah souvenir yang diberikan dengan pembelian dua pek kopi Ah Huat. Berbaloi juga la penangguhan aku dulu tu, hahaha. Dan inilah dia souvenir-nya.....

beg kertas buat isi souvenir




kipas tangan manual




set angpow









dan akhir sekali, mug kopi Ah Huat.
tak sahlah produk ayaq kopi kalau tak bagi mug ya tak.....?




4 comments:

iaryylr said...

Syabas bro!, saya dah dapat juga bro set ini, tapi yang tak dapat nak kumpul 4 jenis mug tu ikut jenis kopi... aduh semua cantik belaka mug nya...

Spallan said...

adoi...ada empat jenis mug ka bro? untuk setiap perisa? hahaha...pengsan la kalau nak layan. thanks for the info bro. rasanya tak ter-ikut la nak kasi complete... :)

wawa said...

bro wawa nak sekeping setiap sampul boleh, canteek sampul dia, kita tukar22 ya

Spallan said...

sorry la wawa, dapat satu set je, jadi ada sekeping saja setiap design. kalau ada extra saya contact ok... :)