Sebelum sesuatu set trading cards itu dikeluarkan sepenuhnya, biasanya promo bagi set tersebut akan diedarkan terlebih dahulu kepada masyarakat umum. Tak kiralah samada sebagai pemberitahu akan set yang bakal muncul itu, atau sebagai "racun" kepada para collector yang sedia ada, mahu pun untuk mendapat maklumbalas akan kehebatan atau kekurangan set trading cards tersebut.
Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan set-set baru ini, ada yang diedarkan dalam bentuk orijinal seperti trading cards biasa, ada yang dalam bentuk 9-card uncut sheet, bentuk poskad dan mini poster pun ada. Kiranya macam-macam style digunakan asalkan mesej akan kemunculan set baru ini sampai kepada masyarakat umum.
Tapi, biasalah, adat barang promo yang dapat free ni. Selalunya bila dapat, pegang sekejap seminit-dua lepas tu kena humbanlah, terselit sana, terselit sini dan akhirnya hilang begitu saja. Dan...apabila set trading cards yang sebenar sudah keluar, sambutan pula meletop-letop, tiba-tiba ada pula kad-kad promo ni yang bertukar status menjadi rare. Hahaha...mana tak rare-nya, banyak yang dah masuk dalam tong, dah kena recycle. Tapi itu bagi hardcore completist le, bangsa nak cari sampai ke akar umbi, sampai dapattt. Aku?.....biasa-biasa saja.
Oklah, cerita panjang pula....inilah dia koleksi kad-kad promo yang ...dah masuk kotak. Ada yang rare atau tidak, aku tak pasti. Kalau tak silap aku, semuanya dari tahun sembilan puluhan, takde la lama sangat...adios.
4 comments:
MAK OII.. BANYAKNYA KOLEKSI NI..
barang free bro, banyak le...hahaha :)
pergh! memang panjang! syabasss!
iaryylr...panjaaaang, hehehe. tq bro
Post a Comment