Ada Coca Cola botol putih?
Ahaaa...bukannn.
Ini hanyalah logo Coca Cola pada bahagian belakang kotaknya yang serba merah.
Bahagian depan kotak...barulah nampak logo Coca Cola yang biasa, siap dengan dynamic ribbon-nya.
Isinya...
...dan inilah dia serving tray Coca Cola dari promosinya yang terkini sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Tray ini boleh diperolehi secara percuma sahaja. Tapi bagi mendapatkanya, senyum-senyum saja tak dapat la bang...
Syarat promosi, kenalah beli produk Coca Cola (atau minuman yang mengambil bahagian) berjumlah tigapuluhlapan ringgit, barulah boleh dapat sebiji tray besi ini secara percuma. Dikatakan, nilai tray ini adalah sepuluh ringgit setiap satu, tapi tak pula dijualnya dengan harga sebegitu. Nak dapat satu, mesti mau ikut syarat promo yang ditetapkan...
Tapi, sejak kebelakangan ni, promonya dah agak bertukar sedikit. Di sesetengah pasaraya ada promo yang mensyaratkan, dengan pembelian satu karton ayaq tin Coke (dalam dua puluh ringgit lebih) dah boleh dapat satu tray besi ni, siap dengan peket angpow sekali. Ini sudah bagus. Jimat le sikit dari kena belanja tigapuluhlapan ringgit .....ya tak?
Aku? Hehehe...promo yang aku dapat agak spesial sikit. Sewaktu aku lalu kat kaunter perkhidmatan pelanggan, sempatlah aku buat-buat bertanya dengan Cik Nona bertugas, apakah syaratnya nak dapatkan tray Coca Cola tu. Jawabnya..."Encik beli tiga botol satu setengah liter boleh dapat satu tray". Eh, ini promo aku belum pernah dengar lagi. Aku pun tanya balik kat dia, "betul ka ni, bukan ka syaratnya.....". Cik Nona pun mencelah "takpa...Encik beli tiga botol saya bagi satu". Hahaha...memang betul la nilai tray ni sepuluh ringgit. Beli tiga botol dalam sembilan ringgit lebih, dapat la aku satu tray ni.....
Iklan selit-selit "Percuma Dulang Coca Cola"
Iklan kadbodnya.....