Sempena Hi-Tea Botologi yang bakal berlangsung petang ini, maka hari ini aku masukkkan sedikit kisah mencari botol aku yang tak seberapa ini. Segan juga nak posting, apatah lagi dengan rakan-rakan botologi yang mempunyai botol-botol yang jauh lebih superb daripada yang aku cuba nak paparkan ni, namun ini adalah first attempt aku dalam dunia yang bagi aku amat baru ini. Jadi, kasi chan la nooo...
.
Ok, target dijumpai dihadapan sebuah kedai yang sudah lama tak dibuka. Tindakan susulan dengan merujuk kepada taukeh kedai sebelah, memang confirm dah lama tak buka, dan ownernya pun tak tahu mana pergi. Setiap kali lalu, aku nampak asyik tersadai je kat depan kedai. Jadi satu hari tu, waktu hujan renyai-renyai (betul ni...), berbekalkan beberapa beg hitam dan beg biru aku pun collect-lah apa yang patut dan bawa balik semuanya...

Itulah dia barangnya, crate plastik Coca-Cola dan botol F&N. Oleh kerana terlalu lama berada di luar (kedai), crate dan botol-botol ini agak kotor juga jadi terpaksa aku bersihkan dulu...

...kasi masuk besen
























