Thursday, November 24, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #3

Lebihkurang jam sepuluh setengah malam, maka muncullah kumpulan rockers lagenda yang ditunggu-tunggu, SWEET CHARITY .....yeahhh. Membawa lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kawan Ketawa Kawan Menangis, Tahun 2000, Hanya Rock And Roll, Ribut 10:59 Pagi, Datang dan Pergi, Dunia Perlumbaan, Raja Kumbang, Musibah, Batu, Berita Gempa, Penunggu, Bagaikan Bermimpi, Terharu, Jangan Tunggu Lama-lama, Jangan Tak Jadi, Zakiah, Kamelia, Teratai, Perjalanan, Hilang Gelap Terbitlah Terang, dan Jalan Malam, persembahan kumpulan rock legenda ni memang superb. Jika pada kebiasaannya konsert-konsert akan tamat lebihkurang jam sebelas, tapi bila mai tang Sweet Charity ni, dekat pukul satu pagi barulah siap complete persembahannya. Bak kata orang putih, "hey, who's complaining...", kalau habis pukul dua pun takpa.....

Konsert dimulakan dengan lagu
"Sejuta Wajah"...




Aksi axe-man Sweet Charity,
Rosli Mohalim...



Legends at work...







Rock brader, jangan tak rock...



Layan, layan juga tapi sikit demi sedikit aku mula menyelinap ke hadapan. Saja ke depan sikit, boleh dekat sikit dengan rock band favourite aku nih. Ternampak pula dua tiga brader dok headbanging. Teringat aku time konsert-konsert lapan puluhan dulu. Masa tu masih muda lagi, boleh head-banging tak hengat. Kekadang tu banging punya power sampai lagu pun tak berapa nak appreciate, goyang kepala banyak sangat .....hahaha. 




Konsert rock tahun lapan puluhan dulu, kalau takda geng FRU memang tak sah. Di antara stage dan penonton mesti ada keliling officer FRU nih. Bila penonton dah mula banging dan ala lalok ter-over, diorang ni pun keluarkanlah gas pemedih mata to keep things under controlTapi sekarang dah takda lagi macam tu (kot). Rata-rata penonton zaman sekarang dah civilised dan ada sivik sikit. FRU pun dah diganti dengan brader-brader sekuriti yang takda bawa sebarang bom pun...







Wednesday, November 23, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #2

Masuk saja ke dalam, tu dia stage konsert...


Kerusi plastik sebelah kanan tu bagi penonton VIP. Tiket mahal sikit tapi lepas konsert boleh lepak-lepak dengan Sweet Charity dan Blues Gang.....


Ini dia brader MC hari tu, sorry tak sempat tangkap pula nama dia. "Dipersembahkan, Blues Gang....."


Maka untuk lebih sejam yang seterusnya Blues Gang terus tampil dan memberikan persembahan yang mantap dengan lagu-lagu seperti Malaya Blues, Apo Nak Dikato, Katakan, Ku Tetap Menanti, Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Damai, Jumpa Kawan Lama, Mak Siti, Cinta Oh Cinta, Khatulistiwa dan Perempuan. Layan blues beb...




Gitar blues dan harmonika powerrr...




Shaik Karim
menyampaikan lagu Ibu dan Mak Siti.










Selesai persembahan, brader Ito dijemput untuk memilih pemenang bertuah dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah beberapa buah motorsikal. Tak naik pula nombor aku nih...


Sweet Charity & Blues Gang #1

Konsert 2 Raksasa yang menggabungkan persembahan dua kumpulan legenda, Sweet Charity dan Blues Gang telah berlaksana dengan jayanya di venue bersejarah, Stadium Merdeka pada satu oktober duaribu sebelas. Walau pun telah ditunda dari jadual asalnya pada bulan julai, namun konsert ini mampu menarik lapan ribu penonton untuk hadir bernostalgia dan melayan irama muzik yang menjadi halwa telinga dan siulan anak muda sejak tahun lapan puluhan lagi.

Diberitakan, konsert ini merupakan kali kedua Sweet Charity dan Blues Gang digabungkan dalam sebuah konsert raksasa seumpama ini. Pertama kalinya adalah pada tahun 1984 dan yang ini aku tak dapat nak pi sebab masih bersekolah nun di Ipoh. Tapi konsert yang kedua ni, aku tak kasi chan......musti pergi.

Maka pada hari sabtu satu haribulan sepuluh yang lepas, aku pun tibalah di Stadium Merdeka. Lama juga aku tak datang sini. Inilah kali pertama aku sampai sejak stadium bersejarah ini dibaik-pulih...



Rasa Music & Netzah Productions....
kasi jadi ini konsert.


Booth barangan rasmi Konsert 2 Raksasa
.....hanya yang ori beb, terbaikkk.








Ramai sungguh yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan poster nih... (jadi, lama juga lah aku tunggu untuk dapat shoot gambaq poster nih).



...tempat beli tiket


Dan inilah dia tiket konsert 2 Raksasa sebelum kena koyak kat pintu masuk. Aku ingin cadangkan agar konsert-konsert  di masa hadapan kasi bikin cantik sikit la tiket-tiket ni. Taruh la gambar band berposing ka, dan kasi warna sikit. Bahagian belakang pula boleh print lokasi venue, contohnya. Pastinya ada penonton yang akan simpan tiket tu buat souvenir, tak pun di framekan bersama souvenir konsert. Tak kurang pula yang akan jumpa sendiri dengan bandboys untuk minta autograf. Itu belum kira kaki yang saja beli untuk simpan buat kenang-kenangan in "mint condition", tanpa di koyak. Come on man, ini konsert legend la...


Ini dia tempat tiket kena koyak...


Suasana di luar Stadium Merdeka sebelum konsert bermula. Boleh dikatakan lapan puluh peratus yang hadir pada malam itu berpakaian berwarna hitam. Rock on...



Pameran motorsikal yang berlangsung di luar venue konsert. Diorang ini ada buat soalan kuiz yang boleh menang motor...... hehehe, acah aje, yang boleh menang tiket konsert . Soalannya memang mudah, apakah model motor yang ada, berapakah harga motor yang ada dijual dan sebagainya. Cuma, brader-brader yang menang tiket tu, dah pun beli tiket konsert jadi kira dapat tiket extra le...





ok, dah nak masuk nih...



Poster pesanan daripada
Hj Zul & Friends Batu Pahat