Wednesday, November 23, 2011

Sweet Charity & Blues Gang #1

Konsert 2 Raksasa yang menggabungkan persembahan dua kumpulan legenda, Sweet Charity dan Blues Gang telah berlaksana dengan jayanya di venue bersejarah, Stadium Merdeka pada satu oktober duaribu sebelas. Walau pun telah ditunda dari jadual asalnya pada bulan julai, namun konsert ini mampu menarik lapan ribu penonton untuk hadir bernostalgia dan melayan irama muzik yang menjadi halwa telinga dan siulan anak muda sejak tahun lapan puluhan lagi.

Diberitakan, konsert ini merupakan kali kedua Sweet Charity dan Blues Gang digabungkan dalam sebuah konsert raksasa seumpama ini. Pertama kalinya adalah pada tahun 1984 dan yang ini aku tak dapat nak pi sebab masih bersekolah nun di Ipoh. Tapi konsert yang kedua ni, aku tak kasi chan......musti pergi.

Maka pada hari sabtu satu haribulan sepuluh yang lepas, aku pun tibalah di Stadium Merdeka. Lama juga aku tak datang sini. Inilah kali pertama aku sampai sejak stadium bersejarah ini dibaik-pulih...



Rasa Music & Netzah Productions....
kasi jadi ini konsert.


Booth barangan rasmi Konsert 2 Raksasa
.....hanya yang ori beb, terbaikkk.








Ramai sungguh yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan poster nih... (jadi, lama juga lah aku tunggu untuk dapat shoot gambaq poster nih).



...tempat beli tiket


Dan inilah dia tiket konsert 2 Raksasa sebelum kena koyak kat pintu masuk. Aku ingin cadangkan agar konsert-konsert  di masa hadapan kasi bikin cantik sikit la tiket-tiket ni. Taruh la gambar band berposing ka, dan kasi warna sikit. Bahagian belakang pula boleh print lokasi venue, contohnya. Pastinya ada penonton yang akan simpan tiket tu buat souvenir, tak pun di framekan bersama souvenir konsert. Tak kurang pula yang akan jumpa sendiri dengan bandboys untuk minta autograf. Itu belum kira kaki yang saja beli untuk simpan buat kenang-kenangan in "mint condition", tanpa di koyak. Come on man, ini konsert legend la...


Ini dia tempat tiket kena koyak...


Suasana di luar Stadium Merdeka sebelum konsert bermula. Boleh dikatakan lapan puluh peratus yang hadir pada malam itu berpakaian berwarna hitam. Rock on...



Pameran motorsikal yang berlangsung di luar venue konsert. Diorang ini ada buat soalan kuiz yang boleh menang motor...... hehehe, acah aje, yang boleh menang tiket konsert . Soalannya memang mudah, apakah model motor yang ada, berapakah harga motor yang ada dijual dan sebagainya. Cuma, brader-brader yang menang tiket tu, dah pun beli tiket konsert jadi kira dapat tiket extra le...





ok, dah nak masuk nih...



Poster pesanan daripada
Hj Zul & Friends Batu Pahat


1 comment:

GeiRei said...

Assalamualaikum saya nk beli baju sweet charity