Saturday, November 12, 2011

kasi kurang, kasi guna, kasi kitar...

Sempena promosi Reduce, Reuse & Recycle, Kenny Rogers telah mengeluarkan beg dan bekas makanan yang boleh diguna semula. Dengan membeli bekas makanannya, setiap kali membeli makanan dengan menggunakan bekas tersebut, pembeli akan mendapat rebat tigapuluh sen disamping mengurangkan penggunaan bekas plastik (dengan cara membawa bekas sendiri). Beg tu pula, dengan pembelian sebanyak lapanpuluh ringgit di restoran Kenny Rogers, beg tersebut diberikan secara percuma sahaja. Oleh kerana aku tak terdaya nak makan sampai lapanpuluh ringgit, maka aku memilih opsyen kedua iaitu membeli beg tersebut dengan harga istimewa iaitu tiga ringgit sahaja. Ayuh kita...."save the environment".





No comments: