Aku rasa, hobi paling sempoi (dan mengenyangkan) adalah hobi mengumpul paper cup. Pasai apa, nak dapatkan paper cup ni, kenalah cuba produknya dulu. Kalau dah sepuluh produk dicuba, makan dan siap dengan minumnya sekali, tak kenyang ka kita dibuatnya.....hehehe. Bila selesai mencuba, barulah boleh minta paper cup sikit buat souvenir. Cik Amoi biasanya akan bertanya nak buat apa dengan paper cup tu dan jawapan standard yang diberikan "oh, saya kumpul ni, buat collection...". Cik Amoi pun bagi la sebiji dua sebagai ehsan. Tapi, kalau kita jadi nak beli produk dia, sepuluh lima belas biji pun dia boleh bagi...hahaha.
Paper cup di bawah ini semuanya design terbaru daripada jenama-jenama yang kita amat kenali. Kalau nak tengok corak atau rekabentuk terdahulu, silalah ke label paper cups. Oklah, hari ini Ahad, hari paper cups berlegar-legar di pasaraya-pasaraya berdekatan dan menunggu nak masuk kotak.....adios.
paper cup Maggi
paper cup Nescafe Classic
paper cup Nescafe Gold
2 comments:
tepat sekali bro, lagi best jika pasaraya yang paling banyak pengunjung, maka makin banyaklah promosi, disini giant bk, k4 shah alam, k4 kota kemuning, enconsave, tesco bagai tiada promosi dibuat,sikit sekali paling ada banyak promosi pun di giant bukit tinggi dan kedua jusco bukit tinggi, mungkin kawasan Bro lebih meriah sebab rate yang tinggi?, he he he!... apapun paling meriah sabtu ahad lah hi hi hi!, oh ya bro Br kata sabtu nie ada pameran coca-cola di empire, Turun tak?
betul tu bro, lebih ramai pengunjung lagi macam-macam promonya, pilih saja yang mana berkenan di hati, atau try semua sekali...hahaha. pasal pameran coke tu, bro BR ada sebut hari tu. sorry sangatlah sebab tak dapat nak join kerana ada family function yang "wajib" attend...
Post a Comment