Bila aku tengok set kad ini, teringat aku zaman kena guna filem kamera bila nak ambil gambar. Kalau yang macam dalam gambar tu dipanggil filem "roll" dan tak silap aku setiap roll ni berbeza kandungan "exposure-nya", ada yang isinya 12, 24 dan 36. Paling syok kalau pandai mengisi filem roll tu ke dalam kamera, filem yang 36 exposure mungkin boleh dapat satu, dua atau tiga exposure extra, dan menjadi 39 kesemuanya. Orang lama tentu faham apa yang aku maksudkan....
Ok, set kad di bawah ini adalah daripada Fuji Flm. Mungkin diberikan secara percuma kepada kedai cuci gambar suatu masa dahulu. Mempunyai imej filem roll pada kotak dan pada kadnya, imej anak mat salleh seperti set yang sebelum ni.....
1 comment:
yeahhh...
Post a Comment