Pada asalnya, Mazda bermula sebagai sebuah syarikat bernama
Toyo Cork Kogyo Co. Ltd yang mengeluarkan peralatan mesin perusahaan. Apabila
namanya ditukar ke Toyo Kogyo Co. Ltd dan beralih kepada perusahaan automobil maka
muncullah model keretanya Mazda-Go pada tahun 1931. Disamping mengeluarkan
kereta, Toyo Kogyo juga menghasilkan senjata untuk tentera
Jepun. Akhirnya pada tahun 1984 barulah ia beralih kepada nama Mazda sehinggalah
kini (walau pun kenderaannya sudah lama menggunakan nama Mazda).
Bercerita pasal logo Mazda, bermula dengan logo pertamanya
yang terbit pada tahun 1936, logo yang digunakan sekarang adalah design yang ke
tujuh dan telah mula digunakan sejak tahun 1997. Set kad di bawah ini memaparkan
logo Mazda yang ke empat yang telah digunakan dari tahun 1959 sehingga 1991. Uniknya set kad Mazda ini, diselitkan juga kad (joker) yang mengisahkan pencapaian dan keistimewaan kenderaan Mazda, termasuklah program servis yang ditawarkan kepada pemilik kenderaan Mazda.....
No comments:
Post a Comment