Friday, November 11, 2011

Cik Amoi dan Cik Nona

Pertama  kali aku nampak iklan ni kat kedai J, menarik juga aku fikir. Macam tak percaya pun ada. Bukan apa, sebab harga pek KitKat ni lima ringgit lebih saja jadi aku ingat pasti kena beli dua pek (atau lebih) baru boleh dapat satu souvenir. Rupanya tidak, beli satu pek dapat satu souvenir, WOW. Mungkin kerana sambutan 100 tahun Nestle kot...

Maka aku pun pilihlah tiga pek dengan design M.Nasir yang berbeza. Hahaha, saja nak buat koleksi nampak menarik sikit. Namun, oleh kerana sudah biasa dengan tabiat mengumpul souvenir ni, sebelum membuat pembayaran aku pi check dulu kat kaunter khidmat pelanggan samada souvenir ni ada atau tidak (first day promo la katakan). Ahaaa, rupanya souvenir KitKat ni belum sampai lagi, nasib baik aku belum pi bayaq. Aku pun terus ke tempat KitKat dan bertanya kepada Cik Amoi yang bertugas. "Sorry aaa, stok baru sampai, diorang pergi ambil..." kata Cik Amoi. Ohhh, gitu. Kenalah aku ronda sat, tunggukan barang sampai.

Bila letih meronda, aku pun pi check sekali lagi, dah sampai ka belum souvenir nih. Yeeeha, sudah sampai tapi yang ada cuma warna biru dan hijau, yang kuning takda. Aduhhh, tak complete la macam ni. Tapi takpalah, dah tunggu punya pasal, dua pun dua lah, balun saja. 

Selang sehari dua selepas insiden di atas, aku berpeluang ke sebuah lagi kedai J. Kali ini aku terus pi check dulu kat kaunter khidmat pelanggan, mau pastikan souvenir ada souvenir atau tidak. Aikkk, terkejut pula aku, bukan setakat yang kuning, warna merah pun ada, hahaha ajaib nih. Mana datang pula warna merah ni, takda dalam list pun. Tapi takpalah, benda dah ada. Aku pun terus ke dalam, angkat dua pek lagi dan pi bayaq. 

Bila nak claim, ada pula cerita kelakar. Cik Nona yang jaga kata, "Encik kena beli enam pek baru boleh dapat satu". Aduhhh, ini Cik Nona tak paham soalan la pula. Jadi aku kenalah jelaskan, "6pack" yang dimaksudkan dalam iklan itu adalah 6 pek coklat yang berada dalam satu bungkusan KitKat, dan bukannya kena beli 6 bungkus baru dapat souvenir. Cik Nona berkata "Ya ka? Betul ni.....?" sambil meraba-raba bungkusan KitKat untuk mempastikan ada 6 pek cokelat didalamnya. Setelah berpuas hati, baru lah Cik Nona berikan souvenir dan meminta resit untuk dicop.  Maka complete-lah set canister KitKat aku nih. Tak tahulah kalau esok lusa terjupa warna jingga pula.....








No comments: