Wednesday, November 9, 2011

perangi nyamuk...

Sewaktu aku sedang menapak dengan aman di sebuah kompleks membeli-belah, tiba-tiba aku di sapa oleh  Cik Amoi. Ingatkan nak tanya jalan ka apa, rupanya dia tanya kat rumah aku banyak nyamuk ka tidak. Aku pun tanya balik, kenapa dan dia menjawab, "kalau rumah encik ada nyamuk, boleh pakai ini..." langsung menunjukkan beberapa produk "spray nyamuk" (dan serangga) dari jenama Fumakilla.

Hmmm, menarik aku fikir, cuma yang lebih menarik bagi aku adalah bungkusan kecil berwarna hitam dengan gambar gajah berkungfu macam kat bawah tu. Maka setelah selesai mendengar pelbagai penjelasan daripada Cik Amoi tentang kebaikan serta kelebihan produknya maka aku sambaq la dua botol aerosol untuk kegunaan masa depan dan dapatlah souvenir bungkusan kenit tu yang terkandung di dalamnya sebuah beg yang macam dalam gambar bawah tu.....





2 comments:

iaryylr said...

Bestnya bro kat kawasan sana banyak promosi, hu hu hu ! syabas bro!

Spallan said...

takpa bro, nanti pasti sampai sana juga..... slow-slow dia mari