Pada mulanya aku tak berapa minat nak beli box set Nescafe Classic ini. Sebabnya, walau pun nampak macam menarik dengan adanya elemen "100 tahun Nestle di sisimu...", namun mug yang di-offer nampak macam biasa saja, seperti yang pernah di-offer suatu masa dahulu. Tetapi, aku terfikir pula, mungkin di bahagian belakangnya ada logo special sempena temasya seratus tahun Nestle nih (macam mug Nescafe 70tahun, rupa dan warna sama tapi ada logo sambutan 70tahun). Memandangkan harga yang ditawarkan agak berpatutan (lebih jimat daripada beli pek 300g biasa, dan dapat mug pula tu...), maka belilah aku sekotak.
Dan inilah dia rupa mugnya. Memang betulla mug yang ditawarkan adalah sama seperti pernah di-offer dahulu. Takpa lah...dah masuk kotak pun.
Ini satu lagi offer yang hangat di pasaran masa kini. Anda sudah dapat...?
8 comments:
NASIB BAIK KAWAN X ANGKAT TADI. INGAT NAK BELI JUGAK PASAL CAWANNYA TU
ahaaa...selamaaat :)
tertipu juga akhirnya.. hehe..
tipah terpedaya.....tih tih tih
mug nescafe nie iaryylr ada lebih, tapi nak kejor nescafe gol, memang dah tak cukup bajet.... nie pun kena simpan duit sikit tak tersimpan lagi sebab perlu serbu botologi nanti ha ha ha!
takpa la bro spallan,kalau gitu simpan kotak dengan mug dan nescafe sekali.ha...ha..ha.
bro nikths... simpan buat pekasam hehehe
salam, datang menjengah nescafe merah..
Post a Comment