Saturday, May 15, 2010

Abang Brutal dan Nona Manis

Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi oleh Walt Disney Feature Animation. Ia telah mula ditayangkan pada tahun 1991 dan dikatakan antara filem animasi terbaik yang pernah diterbitkan sehingga memperoleh nominasi Academy Award for Best Picture. Disamping itu, filem ini menjadi pelopor kepada teknik yang menggabungkan cara animasi tradisional dengan pengimejan berkomputer.

*

Ceritanya pula, sebagaimana yang kita semua sudah tahu berkisar tentang dua karakter utama iaitu Beast (seorang putera yang terkena sumpahan) dan Belle (seorang gadis dari kampung berdekatan dengan rumah Encik Beast). Dalam versi Disney ni, si Beast telah disumpah oleh seorang ahli sihir yang berlagak seperti seorang pengemis yang marah kerana tidak dibenarkan menumpang bermalam di rumah Encik Beast. Tukang sihir memberi Beast sebuah cermin sakti yang boleh digunakan untuk melihat tempat-tempat yang berjauhan dan sekuntum bunga Ros yang mana akan sentiasa kembang sehinggalah Beast berumur 21 tahun. Selepas itu, sehelai demi sehelai kelopaknya akan gugur dan si Beast akan kekal dengan rupanya yang ganas itu, kecuali haaaaaa, kecuali kalau dia sempat berjumpa dengan seseorang yang dia suka (cintai) dan yang akan menyintainya kembali.....

*

Oklah, ini adalah set trading cards dari filem animasi The Beauty and The Beast. Dua buah kompeni telah mengeluarkan set ini iaitu Upper Deck dan Pro Set. Set yang di bawah ini adalah daripada Upper Deck yang dikeluarkan pada tahun 1993 dan mengandugi 198 kad (siap dengan folder albumnya). Dan set yang satu lagi adalah keluaran Pro Set pada tahun 1992 yang mempunyai 95 kad.
























No comments: