Monday, May 24, 2010

To Infinity and Beyond...

Sebuah lagi filem animasi dari Walt Disney Pictures ialah Toy Story. Filem ini dikeluarkan pada tahun 1995 dan merupakan filem pertama yang dihasilkan menggunakan seratus-peratus teknik CGI (computer generated imagery). Ceritanya pula adalah mengenai sekumpulan mainan kepunyaan seorang kanak-kanak (Andy) yang akan “hidup” dan ber-adventure apabila tuannya tiada. Karakter-karakter utama filem ini ialah Woody (suara Tom Hanks), mainan cowboy yang pada mulanya menjadi favourite Andy, dan Buzz Lightyear (suara Tim Allen), mainan space cadet yang baru dibeli dan kononnya menggugat tempat Woody sebagai mainan kegemaran Andy.

*

Sedikit cerita (kesahihan tidak dijamin)…

Dikatakan Mattel, yang mengeluarkan permainan patung Barbie Doll, telah menyesal tak hingga kerana tidak membenarkan permainan dollnya dijadikan salah satu karakter dalam filem Toy Story. Ini kerana, semua mainan yang menjadi karakter dalam filem tersebut, salenya telah mencanak ke langit…..

*

Ok, set trading cards Toy Story ini pula ada 90 kad semuanya dan dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1995. Menariknya set ni, disamping memaparkan gambar-gambar dari filem Toy Story, terdapat juga kad-kad aktiviti, puzzle cards dan punch-out character cards.












No comments: