Sunday, April 3, 2011

Batman Vol 1 #400...baikkk punyer

Ini merupakan isu Batman yang ke empat ratus. Diterbitkan pada bulan oktober lapanpuluh enam, ia menampilkan antara lain gabungan hasil kerja artist-artist hebat seperti Art Adams, Tom Sutton, Steve Leialoha, Joe Kubert, Ken Steacy, Terry Austin, Ricardo Villagran, Karl Kesel, Rick Leonardi, Brian Bolland, Mike Grell, Mike Kaluta, dan Steve Rude. Ya lah, siapa tak mahu terlibat dengan isu “milestone” Batman ni ya tak? Dah tentu berbangga sebab nama-nama diorang akan terpahat kat isu special ini.

Ok, bagi memeriahkan lagi isu anniversary ini, isu kali ini menampilkan fully painted wrap-around cover yang dihasilkan oleh Bill Sienkiewicz, memang cantik dan memang menarik disamping mempunyai intro oleh raja horror iaitu Stephen King. Tak cukup dengan semua tu, ceritanya pula terbahagi kepada duabelas chapter menjadikan jalan cerita yang lebih panjang dan menarik, berbaloi la dengan harga sedolar setengahnya tu…





Batman Vol 1 #400, Okt 1986

"Resurrection Night"


Cover Artist : Bill Sienkiewicz

Writer : Doug Moench


Inkers : John Byrne, Bruce D. Patterson, George Pérez, Larry Mahlstedt, Bill Sienkiewicz

Colourist : Adrienne Roy

Letterer : John Costanza

Editor : Len Wein

.

1 comment:

Iaryylr said...

wow! edisi ke400, syabas Bro!