Batman Vol 1 #404 sehingga #407 atau lebih dikenali sebagai Batman: Year One adalah agak istimewa kepada penggemar siri Batman. Ini kerana dalam empat siri komik inilah diceritakan (dengan baiknya) oleh Frank Miller (penulis Sin City, 300, Batman: The Dark Knight Returns…) akan kisah permulaan kemunculan dan asal-usul kewujudan Batman beserta beberapa “supporting characters” di dalam dunia Batman. Oklah, aku cuba ceritakan sedikit….
Bruce Wayne, pada usia kanak-kanak telah menyaksikan sendiri ibubapanya dibunuh di sebuah lorong yang dinamakan Park Row (kemudiannya Crime Alley). Akibat dari itu, dia telah ke luar negara dan setelah duabelas tahun, ia kembali ke U.S. pada usia dua puluh lima tahun dan berazam tekad untuk membalas dendam akan kematian kedua ibubapanya iaitu Thomas dan Martha Wayne (walau pun azam itu kemudiannya beralih kepada menghapuskan segala bentuk jenayah). Di siang hari ia akan berlagak seperti seorang playboy yang berpoya-poya dengan kemewahan yang ada tetapi bila tiba waktu malam, ia akan beralih kepada alter-egonya iaitu Batman.
Macam mana pun, outing pertamanya sebagai Batman tidaklah se-pro atau se-kemas mana. Cubaan pertamanya adalah sewaktu ingin menangkap sekumpulan remaja yang sedang mencuri barangan elektrik. Disebabkan kesukaran yang dihadapi dan ditambah pula kurang berpengalaman, salah seorang daripada remaja terbabit hampir-hampir terbunuh dalam pergelutan yang berlaku. Walau bagaimana pun, akhirnya kesemua penjenayah berjaya ditangkap dan Bruce Wayne sedar bahawa tekniknya perlu perbaiki agar hal seperti ini tidak berulang lagi. Ahaaa, itulah dia sedikit cerita mengenai zaman awal Batman.
Seterusnya diceritakan juga mengenai Commissioner Gordon yang waktu itu hanyalah seorang leftenan yang baru sahaja ditukarkan ke Gotham City dari Chicago. Kuat dengan semangat jujur dan disiplin yang tinggi, James Gordon amat benci akan korupsi yang berleluasa dikalangan pihak polis dan berusaha untuk memperbaiki (membersihkan) keadaan. Pastinya usaha ini sering bertemu jalan buntu dan pelbagai kesukaran. Selain itu ada juga kisah mengenai Harvey Dent (a.k.a. Harvey Two-Face), Selina Kyle (Catwoman), Alfred Pennyworth, Barbara Gordon dan lain-lain lagi.
Memang terbaik cerita kali ini sehingga keempat-empat komik ini dikumpulkan dan dijilidkan bersama menjadi trade paperback dengan judul Batman: Year One. Berapa kali dah diulang cetak aku tak pasti, tapi yang pastinya sekarang ni dah ada trade paperback versi biasa, Edisi Deluxe (softcover), Edisi Deluxe (hardcover) dan juga versi yang dimasukkan ke dalam The Complete Frank Miller Batman (hardcover). Aku punya? Hanya yang empat ketul first print nih…..dah masuk kotak.
Batman Vol 1 #404, Feb 1987
"Year One Part 1 : Who I Am - How I Come to Be"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : Dave Mazzucchelli
Writer : Frank Miller
Penciler : Dave Mazzucchelli
Inker : Dave Mazzucchelli
Colourist : Richmond Lewis
Letterer : Todd Klein
Editor : Denny O'Neil
(dengan tajuk yang merujuk kepada cerita Batman yang pertama "Who He Is and How He Came To Be")
Batman Vol 1 #405, Mac 1987
"Year One Part 2 : War is Declared"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : Dave Mazzucchelli
Writer : Frank Miller
Penciler : Dave Mazzucchelli
Inker : Dave Mazzucchelli
Colourist : Richmond Lewis
Letterer : Todd Klein
Editor : Denny O'Neil
(dengan tagline ""He has trained and planned and waited eighteen years. He thinks he's ready...")
Batman Vol 1 #406, Apr 1987
"Year One Part 3 : Black Dawn"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : Dave Mazzucchelli
Writer : Frank Miller
Penciler : Dave Mazzucchelli
Inker : Dave Mazzucchelli
Colourist : Richmond Lewis
Letterer : Todd Klein
Editor : Denny O'Neil
(dengan tagline...
"They've got him CORNERED.
They've got him OUTNUMBERED
They've got him TRAPPED
They're in TROUBLE...")
Batman Vol 1 #407, Mei 1987
"Year One Part 4 : Friend in Need"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : Dave Mazzucchelli
Writer : Frank Miller
Penciler : Dave Mazzucchelli
Inker : Dave Mazzucchelli
Colourist : Richmond Lewis
Letterer : Todd Klein
Editor : Denny O'Neil
(dengan tagline "He's out to clean up a city that likes being dirty. He can't do it alone.")
No comments:
Post a Comment