Friday, April 8, 2011

berbulan lamanya menunggu...

Inilah dia poster/katalog kereta-kereta Hot Wheels yang dikeluarkan pada tahun 2010. Aku dapat poster ni dari Jusco awal tahun lepas. Macam-macam kereta ada dan macam-macam yang best. Namun hati aku terpaut (ekstra) hanya pada yang satu ni...


Yeahhh, ini dia.....Batmobile yang diambil dari siri animasi baru Batman: The Brave and The Bold. Jadi setiap kali aku masuk ke kedai yang ada menjual Hot Wheels terpaksalah aku melayan rak Hot Wheels semata-mata mencari kereta idaman yang seketoi ni. Berbulan juga aku cari, tak jumpa-jumpa, sampaikan kadang-kadang tu rasa nak give up pun ada, malas dan tak larat nak membelek satu persatu Hot Wheels kat rak tu....



Namun, pada awal tahun ini, sewaktu di Carrefour aku masuklah ke sebuah kedai newsagent, nak tengok-tengok majalah. Maka aku terpandanglah akan rak Hot Wheels kat situ. Hmmm, tak banyak yang tergantung kat situ, tak sampai sepuluh ketoi pun. Aku pun kata, oklah ada sikit saja, senang aku nak belek, senang hendak diperiksa. Aku pun checklah tanpa menaruh sebarang harapan.Tiba-tiba, nah tu dia.... dalam tangan aku, Batmobile yang aku dok cari-cari berbulan lamanya. Macam tak percaya la pula. Dalam banyak-banyak kedai dok cari, tiba-tiba dalam kedai suratkabaq ni aku boleh jumpa....



Tapi biasalah, kalau dah collector tu, sebiji mana cukup, kalau boleh mau le dua tiga biji. Maka carilah aku, kot-kot ada sebiji lagi yang tergantung kat rak yang tak seberapa tu. Hehehe, tapi mana ada. Itu je la satu yang ada pun. Mana boleh banyak-banyak, tak baik tamak.... Maka dengan sebiji tu pun syukurlah, dapat le aku seketoi dengan harga retail. Agak kalau dah lama sangat tak dapat-dapat mau aku beli saja dari tangan collector lain, tapi harga sudah lain le, sudah masuk elemen-elemen "susah-mau-dapat"...





...satu lagi kereta buatan Malaysia

4 comments:

iaryylr said...

Syabas Bro! saya pun belum dapat lagi bat man mobil tu, apatah lagi poster!, memang agak sukar dan letih mencari, nie 2011 dah keluar tapi bukan semua tempat sudah taruk, hu hu hu!

Spallan said...

bro, 7-11 tengah ada offer sekarang, Hot Wheels dan Matchbox RM5.90 sebiji, check it out...

frightrice said...

Kereta Ghostbusters (Ecto–1) ada dalam poster ni kan?

kuku said...

terharu aku baca post ko ni. kalo ko betul nak satu lagi batmobile in email aku kuku_misc @ yahoo .com