Thursday, April 7, 2011

Buah tangan dari Denys Cowan...

Atas permintaan bro BR, aku ulang tayang post autograf ni campur sedikit "ekstra". Ok, inilah dia komik Batman Annual Vol 1 #10 yang telah diterbitkan pada tahun 1986 dan disain oleh Denys Cowan.

Denys Cowan merupakan seorang artist dari Amerika Syarikat yang mula dikenali ramai dengan hasil kerjanya di DC Comics dengan komik bertajuk The Question. Siri tersebut telah bermula dari tahun 1987 dan berlangsung selama 36 isu. Selain itu dia juga terlibat dengan karakter-karakter DC seperti Superman, Flash, Green Arrow, Teen Titans, Lobo, Steel, Hardware dan semestinya Batman. Karakter Marvel yang mendapat sentuhannya termasuklah Spiderman, Deathlok, Power Man & Iron Fist, Black Panther dan lain-lain lagi.

Ceritanya, sewaktu UK Comic Art and Convention diadakan pada tahun 1994, aku telah berpeluang berjumpa (setelah beratur panjang) dengan artist tersohor, Denys Cowan. Sewaktu berkunjung ke konvensyen tu aku memang dah well-prepared, dah tahu siapa arist/writer/celebrity yang akan hadir dan aku pun bawalah apa sahaja yang perlu untuk diautografkan. Maka dibawah ini adalah diantara hasilnya. Komik bersain dan juga sketch yang dilakukan secara spontan oleh Denys Cowan.

No comments: