Saturday, April 16, 2011

Detective Comics Vol 1 #457

Crime Alley merupakan tempat dimana ibubapa Bruce Wayne telah mati terbunuh. Maka sebagai memperingati trajedi ini, setiap tahun pada tarikh yang sama, pada sebelah malamnya Batman akan "bercuti" daripada aktiviti kebiasaannya dan akan pergi ke Crime Alley untuk melawat Leslie Thompkins. Mengimbas kembali ke malam trajedi itu, sewaktu kejadian tersebut berlaku, Leslie Thompkins sememangnya berada di tempat kejadian dan melihat sendiri trajedi yang menimpa Bruce Wayne lalu terus membantu dan memberi "comfort" kepada Bruce Wayne yang masih lagi kanak-kanak.


Walau bagaimana pun, Leslie masih tidak faham mengapa Batman melawatnya setiap tahun dan apabila ditanya, Batman hanya menjawab yang tindakannya itu adalah sebagai peringatan akan siapa diri dia sebenarnya. Dan apabila Batman bertanya kepada Leslie mengapa dia masih lagi tinggal di situ dan tidak berpindah sahaja ke tempat lain, Leslie memberitahu yang pada suatu masa dahulu dia pernah melihat sendiri satu trajedi berlaku kepada seorang kanak-kanak di mana ibubapanya telah terkorban ditembak penjenayah di Park Row (sekarang Crime Alley), dan dia berjanji pada dirinya sendiri untuk mempastikan peristiwa seperti itu tidak berulang lagi.....

Detective Comics Vol 1 #457, Mac 1976

"There is No Hope in Crime Alley!"

Executive Editor : Julius Schwartz

Cover Artist : Dick Giordano

Writer : Denny O'Neil

Penciler : Dick Giordano

Inker : Dick Giordano

Editors : E. Nelson Bridwell, Bob Rozakis, Julius Schwartz


"Make Way for the Elongated Woman!"

Writer : Bob Rozakis

Penciler : Kurt Schaffenberger

Inker : Kurt Schaffenberger

Editors : E. Nelson Bridwell, Bob Rozakis, Julius Schwartz

No comments: