Monday, April 25, 2011

mengayuh basikal di tengah pasaraya...

Maaf, ini bukan basikal untuk menang kontess...


...tapi yang perlu ditunggang untuk mendapatkan souvenir. Ahaaa, dan inilah syaratnya. Dengan pembelian produk Rexona, anda perlu mengayuh basikal (yang telah dipasang meter pengukur/pembaca jarak) sejauh 400 meter dalam masa satu minit. Nampak gayanya, kenalah buat sarkis kat tengah pasaraya demi mendapatkan tumbler yang ditawarkan.

...dan setelah berhempas pulas mengayuh, dan juga memenuhi syarat-syarat pembelian (dua botol deodorant kat bawah ini)...


...maka dapatlah aku sebiji tumbler berwarna oren.

Cara menggunakan tumbler, macam biasa. Tarik ke atas punat tu dan sedut macam guna straw.

Tapi bagi aku yang baru lepas mengayuh (setelah beberapa tahun tak buat aktiviti lasak seumpama ini), buka saja penutupnya, cepat sikit dapat minum...

7 comments:

nikths said...

syabas bro masih cergas lagi.Orang macam kita ni perlu dan wajib buat aktiviti kecergasan baru boleh lawan orang muda-muda.Saya pun dah lama sangat takde aktiviti asyik membesarkan perut je...he he he ..

Spallan said...

betul tu bro, 110%...

frightrice said...

"Nampak gayanya, kenalah buat sarkis kat tengah pasaraya demi mendapatkan tumbler yang ditawarkan". Huahaha, tahniah!

Unknown said...

muahahahaaaaa...giler semangat mengayuh beskal tuu demi mu wahai cik tumbler....:P..(x dpt ku bygkan....)

Spallan said...

bro frightrice, ini sarkis, Ringling Brothers pun takut...hihihi

cikpuding, ahaaa, punyalah bersemangat, nasib baik tak balik basikal tu sekali.....

frightrice said...

HUAHAHAHA... i can imagine that my friend :)

Iaryylr said...

jom kita turunkan berat badan di pasaraya, kalau ada kat sini pun saya nak cuba juga!