Thursday, August 4, 2011

bukan confuse tapi.....

Sewaktu menikmati nasi kandar ayam merah di Ipoh, aku perhatikan banyak pula mug milo seperti dibawah ini digunakan di restoran tersebut. Selesai makan dan membasuh tangan, aku pun menjalankan sedikit siasatan di bahagian pembuatan air minuman. Ternyata bersusun mug milo fuze ni di atas rak stainless steel si pembuat air (seorang uncle). Pada rak bawah pula terdapat sekotak (atau mungkin dua) yang penuh dengan mug ini, yang masih baru dan belum digunakan lagi. Langsung aku menyapa uncle tersebut dan bertanya samada dapatlah sekiranya aku membeli barang sebiji dua mugnya yang serba indah itu. Namun malangnya, uncle tersebut tidak dapat menunaikan permintaan aku yang datang dari jauh ni atas sebab mug-mug tersebut hendak digunakan di kedainya itu. Tak mengapa, aku faham (walau pun agak keciwa, ada banyak tuh). Tetapi, ahaaaa...... ada tetapi pulak ye. Tetapi, mungkin kerana tidak mahu menghampakan permintaan seorang customer yang dah bertahun-tahun dok makan situ, uncle tersebut pun memberikan aku sebiji sebagai souvenir, free of charge katanya. Hahaha...dapat juga sebiji, "Thank you uncle". Perut kenyang hati pun senang.....




2 comments:

Iaryylr said...

he he he! syabas Bro!

Spallan said...

yeahhh, tq bro...