Tuesday, August 23, 2011

...si helang empat julai

Lama juga takda post koleksi pin Hard Rock ni. Bukan apa, sebab lama tak pi ke Pulau Mutiara sebab tu takda pin baru yang ...dah masuk kotak. Macamana pun, dalam sebulan dua yang lepas aku sempat singgah sat dan berpeluang tambah sedikit koleksi yang ada.

Ok, yang di bawah ni adalah pin yang dikeluarkan sempena perayaan di Amerika Syarikat, 4th of July. Mula-mula aku tak berminat langsung nak angkat. Apa taknya, US punya perayaan ada pin, Merdeka punya takda pin ka...? Namun si gadis Hard Rock ni cukup tera meracun. Dia kata, ni baru keluaq bang, limited ni. Pin Hard Rock ni semedang limited, bilanya yang tak limited tapi takpa, bagi aku check belakang pin.

Eh, betulla, limited to seratus saja. Biasanya pin-pin yang dikeluarkan Hard Rock adalah terhad kepada lima ratus, tiga ratus, kalau tak pun dua ratus unit saja. Tapi yang ini hanya ada seratus unit sahaja. Hmmmm...ada goyang sikit, hahaha. Pikir punya pikir, akhirnya aku terpaksa akur dengan naluri collector yang terpahat kukuh di dada. Benda kalau dah limited tak boleh dibiar begitu saja, aku pun angkat le sebiji. Tersengih la si gadis Hard Rock tu.....






No comments: