Mungkin ada diantara para pembaca budiman tertanya-tanya, kenapa hari ini aku longgokkan sampai lima model kereta sekaligus dalam sekali posting, dan bukannya sebiji-sebiji seperti yang biasa aku lakukan. Ahaaa, ada kisahnya dan berikut adalah ceritanya.....
Pada satu petang di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku telah pergi bersiar-siar di pasaraya berpiramid. Bukan niat untuk bershopping tapi sekadar jalan-jalan dan cuba-cuba nak berbuka di luar. Sambil menjamu mata dengan pelbagai barangan yang berpotensi mendapat title "barang" raya, tiba-tiba aku terpandang akan poster yang secara terus memberitahu aku yang kedai Toys 'R Us baru saja dibuka di pasaraya serba indah ini. Maka seperti disuruh-suruh, kaki ini pun mengorak langkah mencari dan menuju ke kedai serba baru itu.
Bila sampai, niat aku disitu hanya satu, nak nengok kalau-kalau ada kereta besi HotWheels yang baru atau pun ada mana-mana yang mampu menarik minat aku untuk dibawa balik. Dalam dok terbongkok-bongkok menyelak kereta-kereta carded yang tersusun rapi (kedai baru la katakan), ternampak pula iklan kenit yang di-laminate, "buy two cars and get one free...". Wah, sudah bagus nih. Bertambah semangatlah hendak membuat seleksi. Mulalah rambang mata, kereta yang tak berapa minat pun nak dirembat, semata-mata nak cukupkan quota bagi mendapatkan kereta free.....hahaha.
Setelah bertungkus-lumus dan hampir semua aku selak, akhirnya kereta-kereta yang terpilih pun dibawa bertemu Cik Cashier. Setelah meletakkan semuanya di kaunter, tiba-tiba Cik Cashier bersuara dan memberitahu aku, "Encik, sekarang ni kami ada offer, beli satu kereta dapat satu free...". Aikkkk, betul ka ni... aku tanya dia. Bukan beli dua dapat satu free ka? "Bukan encik, beli satu dapat satu free dan boleh dapat poster koleksi 2011 sekali" kata Cik Cashier lagi. Aku pun berfikir, biar betul Cik Cashier ni, tapi melihatkan raut wajahnya yang betul-betul serius (dan disebabkan tengah posa, tak boleh tengok lama-lama....), dan ramai pula yang berbaris nak membuat pembayaran, aku pun meng'iakan saja, lalu membayar semua kereta yang telah dipilih. Cik Cashier kemudiannya terus melaung ke brader kat kaunter sebelah yang sedang sibuk membungkus present pelanggan,"bagi abang ni lima kereta...". Maka dibawah ini adalah lima biji kereta yang aku dapat "free" tu. Tak boleh pilih-pilih, brader Toys 'R Us yang kasi........ tqvm noooo.
'03 Ford Mustang II Concept
2 comments:
aduh bro! beli satu percuma satu! berapa sebiji? untung tu bro dapat poster lagi! kalau dapat poster lebih boleh buat frame lagi!, sempat ke singgah nie?
beli 5 biji, dapat 5 biji free.... ahaaa, terus tapau 10 biji siap dengan poster 2011 sekali, berbaloi bro...
Post a Comment