Wednesday, September 28, 2011

Yo...Yo...Yo...

Yomeishu merupakan sebuah produk negara Jepun yang dahulu iklannya sering ditayangkan di kaca televisyen Malaysia. Ia merupakan minuman kesihatan yang mengandungi lebih sepuluh jenis herba serta 14% alkohol, dan dikatakan telah wujud lebihkurang empat ratus tahun dahulu. Dibawah ini adalah set kadnya yang aku perolehi dah siap sealed begitu rupa. Tak tahu macam mana keadaan kad di dalamnya.....





Tuesday, September 27, 2011

dari tanah tinggi...

Inilah dia kotak teh Boh seratus uncang yang biasa kita tengok di pasaraya-pasaraya yang dekat dengan rumah kita.....


Namun pada suatu hari tu ia kelihatan agak luarbiasa sedikit kerana aku sempat terpandang pada belakang kotak itu ada terlekat kotak nipis berwarna putih. Apa kabendanya?


Ahaaa, ada souvenir rupanya. Oleh kerana kat rumah pun tingggal tiga uncang saja lagi, kira jadilah nih...



Dan inilah dia kandungan kotak putih yang nipis tu.



awas, ada raksasa...

Kalau nak diikutkan, Mamee ni dah bagi macam-macam jenis souvenir sebelum ini, tapi yang ini baru aku ter-minat nak angkat. Maka belilah aku sebungkus dua dengan harapan nak dapat complete set tiga fridge magnet seperti dalam gambar tu. Namun bila dibuka kat rumah, rupanya dua fridge magnet daripada seperti dalam gambar tu aku dapat, dan aku ada dua lagi yang takda pun dalam gambar tu. Aduuuh, sebenarnya ada berapa dalam set nih.....?








mau jaga had air.....

Pertama kali aku nampak botol Lipton Ice Tea  ni kat iklan di televisyen. Hmmm, menarik juga, dan aku pun mualah cari kat pasaraya berdekatan (dan berjauhan), tapi takda pula jumpa. Mungkin ini hanya gimik atau prop untuk iklan saja kut. Macamana pun, sebulan dua lepas tu tiba-tiba aku terjumpa pula botol ni kat kedai perancis (perisa pic) dan kat kedai merahbiru (perisa limau), hehehe teruslah sambar serba satu buat souvenir.....






Monday, September 26, 2011

...dompet bulu-bulu II

Merujuk kepada posting terdahulu, sekarang dah complete set dompet syiling Minute Maid Pulpy aku ni, dengan yang terakhirnya aku perolehi dari kedai hijaukuning di Ipoh.....perghhh. 


tak terlawan warna pelangi...

Kalau berjalan kat supermarket, tempat paling best bagi aku adalah di mana produk tenusu diperagakan....sejuuuuk. Dan tahap best tu akan meningkat lagi bila diadunkan dengan adanya souvenir berjenama contohnya macam yang kat bawah ini. Ahaaa, dengan setiap pembelian marjerin Vitalite, anda akan di-souvenir-kan dengan sebilah pisau-sapu-marjerin. Ada empat versi warna semuanya. Aku cuma beli yang kuning saja, kalau angkat semua, sampai hujung tahun pun tak habis makan.....




minum susu dulu...

Sekali pandang macam permainan jackpot, dapat tiga logo yang sama boleh dapat wang besar. Hehehe....tapi bukan. Ini merupakan salah satu promosi yang dijalankan di kedai hijaukuning minggu dulu, promosi produk susu katanya. Dengan setiap pembelian sepuluh ringgit, pembeli berpeluang memasuki kontess dan juga bermain bagi mendapatkan souvenir premium seperti di bawah ini. Tapi seperti biasalah, aku akan buat deal dengan Cik Amoi yang menjaga alat penentu pemenang. Aku beritahu dia, "saya beli ini, tapi tak payah mainlah. you terus kasi saja itu free gift boleh ka?". Dan seperti biasa juga, Cik Amoi akan berbincang dengan rakan setugas samada boleh lepas ka buat macam ini. Dan akhirnya seperti biasa jugalah, jawapannya adalah OK..... maka inilah dia hasilnya.

kombinasi untuk menang hadiah...


fridge magnet dengan nota


yang ini sebenarnya adalah beg (sila rujuk gambar kombinasi hadiah di atas), tak berani nak buka sebab nampak macam susah je nak bungkus balik...hihihi


apron ala lembu Friesian


anggur dalam botol...

Sewaktu di kedai hijau-kuning, aku terpandang akan seorang kakak yang sedang asyik memasukkan beberapa botol Sunquick anggur ni ke dalam bakulnya (aduh berat tu...). Memandangkan dia tak perasan ada versi dengan "souvenir" ni, aku pun menegurnya. "kak, banyak beli...". Kakak tu pun menjawab "a'ah, nak buat makan-makan sikit". Aku balas balik, "kalau kakak nak beli banyak, baik ambil yang ni (sambil menunjukkan versi yang botolnya berada dalam jag seperti gambar kat bawah tu), boleh dapat jag percuma". Bersinar wajah kakak tu bila aku tunjukkan jag berkordial tu. Langsung kakak tu ucapkan terima kasih dan menggantikan botol-botol Sunquick yang telah diambilnya dengan lima enam biji jag bersunquick yang ada. Aku pula, terus merembat dua biji.....








bukan besi...

Setelah mendapat berita daripada bro Iaryylr, aku pun mulakan pencarian di beberapa seven-eleven dan inilah hasilnya.....



Walau pun apabila ditebuk Hot Cup kat atas tu dan di dalamnya ada garfu plastik berlipat, namun set sudu garfu yang kat bawah inilah yang menjadi idaman.....




.....orang biru ka

Satu lagi filem yang masih belum di tengok adalah cerita Smurfs ni, tapi botol airnya aku dah dapat. Pi tengok cerita planet of the apes, beli combo popcorn-nya, tambah seringgit dapatlah botol air smurf serba biru ni. Ada satu design lagi tapi takpalah, kalau sempat lain kali pula.....


Yang ni pula Smurf dari Mekdi, sebiji ni je yang aku ada. Geng dia yang lain tak sempat nak rembat.....hahaha.


bukan riuh...

Beg free dari kedai Ezy Video....tapi sampai sekarang aku belum tengok lagi cerita Rio ni. Baguih ka?


Sunday, September 25, 2011

nasib baik...ka tidak?

Sebuah deck replika kepada set "Fortune Telling Playing Cards" dari abad ke sembilanbelas. Set ini didatangkan dengan buku kenit yang menunjukkan cara-cara nak menggunakan kad-kad ini untuk menilik nasib. Mahu cuba tengok nasib? Hahaha......main-main saja.



bukan pizza....

Pastinya Dom-Cards yang tertera pada kotak biru ini bermaksud Dominoes Playing Cards ye tak? Bersaiz sebiji macam kepingan Dominoes, anda boleh memilih samada nak main colek atau pun bermain dominoes. Dua-dua pun layannnnn...



tengok betul-betul...

Deck yang ini agak istimewa sedikit. Setiap keping kad memaparkan gambar ilusi optik yang berlainan. Contohnya seperti yang di bawah tu. Lama-lama tengok.....feninglah feninglah.



dua puluh ribu jer...

Sebuah deck dari Bali yang sampai kini aku belum sempat buka lagi...biar je la macam tu.