Tuesday, September 20, 2011

kat mana ni.....

Kalau yang sebelum ini ada empat digit nombor tertera pada penutup kotak, yang ini pula ada tiga digit saja iaitu 844. Mungkin nombor siri untuk mengenali deck, dan mungkin tidak. Macam mana pun kad kali ini bersaiz agak kecil sedikit dari saiz deck yang normal. Berkotak warna biru dan bertajuk Landscape, ia mempunyai karakter tulisan Cina yang menggunakan foil-stamping agar lebih terserlah dan berkilat. Pada belakang kotak pula seperti ada peta yang mungkin menunjukkan tempat-tempat yang boleh dilawati, yang pada firasat aku adalah di negara China. Pendapat anda.....?











No comments: