Monday, September 26, 2011

anggur dalam botol...

Sewaktu di kedai hijau-kuning, aku terpandang akan seorang kakak yang sedang asyik memasukkan beberapa botol Sunquick anggur ni ke dalam bakulnya (aduh berat tu...). Memandangkan dia tak perasan ada versi dengan "souvenir" ni, aku pun menegurnya. "kak, banyak beli...". Kakak tu pun menjawab "a'ah, nak buat makan-makan sikit". Aku balas balik, "kalau kakak nak beli banyak, baik ambil yang ni (sambil menunjukkan versi yang botolnya berada dalam jag seperti gambar kat bawah tu), boleh dapat jag percuma". Bersinar wajah kakak tu bila aku tunjukkan jag berkordial tu. Langsung kakak tu ucapkan terima kasih dan menggantikan botol-botol Sunquick yang telah diambilnya dengan lima enam biji jag bersunquick yang ada. Aku pula, terus merembat dua biji.....








3 comments:

nikths said...

saya pun dah rembat sebiji warna purple.Design lain sikit drp yang dulu.Versi ni susah nak masuk kat poket peti sejuk 1 pintu.

Lipton Ice Tea serbuk perasa limau pun ada bagi bekas air plastik tebal.Biasalah sticker kaler kuning cop LIPTON.

iaryylr said...

wah! yang ini lain sikit! ...

Spallan said...

bro nikths... tak sempat masuk peti ais bro, dah masuk kotak hehehe

bro iaryylr... betul tu, yang ini nampak berkilat sikit ala-ala crystal-looking (apa mungkin sebab masih baru?)