Saturday, September 10, 2011

bukan boa yang menjalar...

BOAC atau nama penuhnya British Overseas Airways Corporation merupakan sebuah syarikat penerbangan Britain sebelum wujudnya British Airways. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1939 dan beroperasi sehinggalah 31 Mac 1974 di mana setelah itu ia bergabung dengan British European Airways dan terbentuklah British Airways yang beroperasi sehingga kini.

Set kad ini adalah dari BOAC yang original. Sebuah set yang agak lama dan "made in england", sepotong ayat yang sering disebut suatu masa dahulu bagi melambangkan tahap kualiti produk yang terbaik. Satu lagi yang menarik pada set ini adalah nama yang tertera pada kad yang memberitahu siapakah pengeluar/pembikin set kad ini. Pastinya pengumpul matawang lama kenal dengan nama Thomas De La Rue yang suatu masa dahulu merupakan pencetak matawang Malaya/Malaysia. Menurut sejarahnya, sebelum mencetak wang, Thomas De La Rue adalah pembikin playing cards dengan set pertamanya dikeluarkan pada tahun 1832.



















No comments: