Monday, October 31, 2011

bukan cari ubat di farmasi...

Pada satu hari, aku mendapat berita akan kewujudan set playing cards Durex. Menarik juga tuh, aku fikir. Kad Mister dah ada, kalau dapat yang Durex punya bolehlah meriahkan lagi koleksi playing cards yang dah masuk kotak. Oh ya, bagi yang kurang biasa dengan jenama ini, Durex merupakan sebuah jenama kondom yang terdapat di negara kita. Seperti mana Mister, terdapat pelbagai variasi produk kondom Durex ni dan diantaranya adalah Together, Tingle, Select, Comfort, Fetherlite dan bermacam-macam lagi....

Ok, kembali ke kisah kad ini, maka bermulalah pemburuan bagi mendapatkan set playing cards Durex. Macam-macam tempat aku cari, dari satu flea market ke yang lain, dari Amcorp Mall hingga ke Putrajaya dan yang seumpama dengannya, namun takda satu pun yang mendatangkan hasil. Nampak gayanya, set ini takda dalam second-hand market, samada kurangnya minat terhadap mengumpul playing cards atau bagi yang dah ada deck ini, terus simpan buat souvenir dan tak mahu dijual dan menjadi koleksi peribadi. 

Pada saat itu aku pun mula sedar, demi memperoleh set kad ini, aku perlu mencari di kedai-kedai yang menjual produk Durex. Maka bermulalah ekspidisi menjelajah ke farmasi-farmasi seperti Guardian, Watson, Jusco dan yang sealiran dengannya. Agak segan juga asyik tertunduk-tunduk kat area kondom ni, menyelak kotak-kotak kondom dengan harapan dapatlah berjumpa dengan set kad idaman, namun masih belum berjaya. Macam mana pun, dalam proses dok mencarigali ini, baru aku perasan satu perkara. Selalunya bila ke farmasi, sewaktu tengah terkebil-kebil mencari barang, dengan cergasnya cik adik atau cik amoi akan datang menghulurkan bantuan. Tapi bila sampai bab tengah berlegar-legar kat area kondom ni, mereka sekadar lalu saja, idak pun sekadar menjenguk di sebalik rak-rak barangan. Hahaha.....bagi sedikit privacy kot.

Lama juga aku cari set kad ini, tak jumpa-jumpa. Sampaikan aku email kat kompeni Durex bertanyakan kat mana ada jual, tak pun kalau ada stok aku sanggup pi beli. Tapi biasalah, depa bukannya respon pun kat email aku tu. Kalau aku nak beli produk dia satu kontena mungkin dia layan.....kot. Seperti biasa, bila dah pulun kaw-kaw cari tapi tak jumpa, aku pun mulalah slowkan sedikit momentum pencarian. Kalau jumpa, kira oklah tapi kalau tak jumpa, mungkin esok mungkin lusa dia marilah tu....

Tapi, bak kata para collector, kalau dah jodoh tu tak ke mana. Akhirnya pencarian aku berakhir dan aku berjumpa dengan sebuah set kad Durex seperti yang kat bawah ini kat farmasi Guardian. Berwarna putih biru dan ada gambaq kereta lama, mungkin kereta klasik Ford Model T. Yahooo......syok sungguh, dapat juga aku set ini. Tapi, ahaaa ada tapinya. Bila aku dapat saja set tu, baru aku tahu rupanya set yang complete ada empat deck kesemuanya. Pergghhh, boleh jadi gila ini.....

Walau bagaimana pun, tak lama selepas aku jumpa set yang pertama tu, maka terbukalah pintu bagi aku untuk berjumpa dengan adik-beradiknya yang lain, dan akhirnya kini cukuplah empat set kad Durex ni dalam koleksi aku. Dan baru aku perasan kenapa susah betul nak cari set ini. Set kad Durex ini dikeluarkan sempena ulangtahun Durex yang ke lapan puluh dan dikeluarkan pada tahun 2009 dan aku pula baru mula nak cari pada hampir penghujung 2010. Patut la.....

















bukan penyanyi "Broken Wings"...

Juga daripada Mister cuma yang ini adalah set kadnya versi biru.....







bukan kondo...

Mister adalah sebuah jenama kondom yang dipasarkan di Malaysia. Dengan tagline "For Those Tender Moments", ia berasal dari United Kingdom walau pun dibikin di negara jiran kita iaitu Thailand. Diantara produknya adalah Mister 002, Mister 003, Mister Silky Smooth, Mister Ultra Thin dan macam-macam lagi. Yang kat bawah ini pula, bukanlah salah satu daripada produk keselamatan tu tapi merupakan set daun pakau dari Mister. Tak pasti cara sebenar memperolehinya, samada dapat free sewaktu membeli produk Mister atau diberikan secara percuma tanpa sebarang pembelian. Yang penting, aku beli ni daripada seorang seller di Amcorp Mall.....hehehe.







Sunday, October 30, 2011

Royal Merchant Ship...

RMS Queen Elizabeth 2 (QE2) merupakan sebuah kapal bagi menjalankan perkhidmatan membawa penumpang dari pengkalan asalnya di Southampton, England ke New York, USA. Mula beroperasi dari tahun 1969 sehinggalah ia berpindah milik kepada sebuah syarikat pelaburan di Dubai pada tahun 2008, pelbagai penambahan dan baikpuluh telah dilaluinya hinggakan kos asal pembinaan yang pada mulanya bernilai GBP29 juta kini telah meningkat ke jumlah GBP419 juta. Dikatakan QE2, setelah ditamatkan perkhidmatannya pada 27 Nov 2008, dicadangkan menjadi sebuah hotel terapung yang lengkap dengan pelbagai kemudahan mewah, namun sehingga kini masih berpengkalan di Pelabuhan Rashid, Dubai tanpa sebarang perancangan yang dijalankan ke atasnya.

In pula adalah set kad daripada kapal QE2. Berjaya diselamatkan sebelum berpindah ke Dubai, seperti biasa set ini masih lagi bersealed dan yang kelihatan hanyalah imej kapal QE2 dan Jack Diamond di bahagian belakang...













bukan Ben 10.....

Asal-usul Ben Line bermula pada tahun 1839 apabila sebuah kapal bernama Carrara dibina untuk William dan Alexander Thomson untuk mengimpot marmar dari Itali. Pada tahun 1847, apabila Alexandar Thomson telah keluar daripada perkongsian tersebut, sebuah syarikat baru ditubuhkan bernama William Thomson & Company, Leith yang seterusnya pada tahun 1919 menjadi Ben Line Steamers Ltd. Pelbagai kejayaan telah dikecapi dan diantaranya pada tahun 1976, Ben Line telah memperoleh Sheaf Steam Shipping Company Ltd yang berasal dari Newcastle termasuklah subsidiarinya Bamburgh Shipping Company Limited. Ini juga akhirnya menyebabkan Atlantic Drilling Co Ltd menjadi milik Ben Line sehinga pada penghujung tahun 1977 Ben Line Group menjadi kontraktor menggerudi offshore terbesar di Britain.

Namun pada tahun 1991, perusahaan perkapalan British mengalami kejatuhan dan ini mengakibatkan Ben Line terpaksa bergabung dengan East Asiatic Company, Copenhagen sehingga akhirnya menjual keseluruhan asset kapalnya. Pada tahun 1996, aset maritim yang masih dimiliki oleh Ben Line hanyalah sebuah pelantar minyak dan sehingga kini, yang tinggal hanyalah rangkaian operasinya yang dikenali sebagai Ben Line Agencies yang menjalankan pelbagai operasi urusan perkapalan dan logistik di merata dunia termasuklah di Malaysia.

Di bawah ini adalah set playing cards daripada Ben Line dengan tag line-nya " To And From Europe and the Far East". Terdapat dua deck di dalam kotak yang masih lagi bersealed. Maka tak dapatlah hendak dipamirkan bagaimana rupa kad didalamnya.....












mahu main Bridge...?

Set dua deck daripada Norwegian Asia Line. Didatangkan dengan wallet-nya yang khas bagi menempatkan kedua-dua deck dan juga score card bagi permainan Bridge.