Monday, October 3, 2011

dah set timer record.....

Di waktu dunia masih aman dan astro belum lagi berleluasa (sepenuhnya), inilah dia alat hiburan yang bisa merakam dan juga memainkan pelbagai rancangan di kaca televisyen rumah kita, sebuah alat perakam video. Kalau time raya, bila ramai sanak saudara dan rakan taulan yang datang berkunjung, inilah dia alat yang akan merakam mana-mana rancangan menarik yang kita miss tu. Sekarang dah ada astro beyond, katanya boleh record juga, tak tahulah pula kesahihannya, kalau tak pun, ada yang boleh rakam guna DVD. Dunia dah semakin canggih...hehehe. Oklah, yang kat bawah ini adalah set kad daripada National yang mempromo alat videonya National Video NV-250. Didatangkan khas dari negara matahari terbit, masih ber-sealed siap dengan setem chop mohornya.....









2 comments:

iaryylr said...

bro tak bukak sealnya ke?, he he he tunggu ada 2 baru bukak ya? he he he...

Spallan said...

ahaaa.....sangat betul tu bro