Monday, October 31, 2011

bukan cari ubat di farmasi...

Pada satu hari, aku mendapat berita akan kewujudan set playing cards Durex. Menarik juga tuh, aku fikir. Kad Mister dah ada, kalau dapat yang Durex punya bolehlah meriahkan lagi koleksi playing cards yang dah masuk kotak. Oh ya, bagi yang kurang biasa dengan jenama ini, Durex merupakan sebuah jenama kondom yang terdapat di negara kita. Seperti mana Mister, terdapat pelbagai variasi produk kondom Durex ni dan diantaranya adalah Together, Tingle, Select, Comfort, Fetherlite dan bermacam-macam lagi....

Ok, kembali ke kisah kad ini, maka bermulalah pemburuan bagi mendapatkan set playing cards Durex. Macam-macam tempat aku cari, dari satu flea market ke yang lain, dari Amcorp Mall hingga ke Putrajaya dan yang seumpama dengannya, namun takda satu pun yang mendatangkan hasil. Nampak gayanya, set ini takda dalam second-hand market, samada kurangnya minat terhadap mengumpul playing cards atau bagi yang dah ada deck ini, terus simpan buat souvenir dan tak mahu dijual dan menjadi koleksi peribadi. 

Pada saat itu aku pun mula sedar, demi memperoleh set kad ini, aku perlu mencari di kedai-kedai yang menjual produk Durex. Maka bermulalah ekspidisi menjelajah ke farmasi-farmasi seperti Guardian, Watson, Jusco dan yang sealiran dengannya. Agak segan juga asyik tertunduk-tunduk kat area kondom ni, menyelak kotak-kotak kondom dengan harapan dapatlah berjumpa dengan set kad idaman, namun masih belum berjaya. Macam mana pun, dalam proses dok mencarigali ini, baru aku perasan satu perkara. Selalunya bila ke farmasi, sewaktu tengah terkebil-kebil mencari barang, dengan cergasnya cik adik atau cik amoi akan datang menghulurkan bantuan. Tapi bila sampai bab tengah berlegar-legar kat area kondom ni, mereka sekadar lalu saja, idak pun sekadar menjenguk di sebalik rak-rak barangan. Hahaha.....bagi sedikit privacy kot.

Lama juga aku cari set kad ini, tak jumpa-jumpa. Sampaikan aku email kat kompeni Durex bertanyakan kat mana ada jual, tak pun kalau ada stok aku sanggup pi beli. Tapi biasalah, depa bukannya respon pun kat email aku tu. Kalau aku nak beli produk dia satu kontena mungkin dia layan.....kot. Seperti biasa, bila dah pulun kaw-kaw cari tapi tak jumpa, aku pun mulalah slowkan sedikit momentum pencarian. Kalau jumpa, kira oklah tapi kalau tak jumpa, mungkin esok mungkin lusa dia marilah tu....

Tapi, bak kata para collector, kalau dah jodoh tu tak ke mana. Akhirnya pencarian aku berakhir dan aku berjumpa dengan sebuah set kad Durex seperti yang kat bawah ini kat farmasi Guardian. Berwarna putih biru dan ada gambaq kereta lama, mungkin kereta klasik Ford Model T. Yahooo......syok sungguh, dapat juga aku set ini. Tapi, ahaaa ada tapinya. Bila aku dapat saja set tu, baru aku tahu rupanya set yang complete ada empat deck kesemuanya. Pergghhh, boleh jadi gila ini.....

Walau bagaimana pun, tak lama selepas aku jumpa set yang pertama tu, maka terbukalah pintu bagi aku untuk berjumpa dengan adik-beradiknya yang lain, dan akhirnya kini cukuplah empat set kad Durex ni dalam koleksi aku. Dan baru aku perasan kenapa susah betul nak cari set ini. Set kad Durex ini dikeluarkan sempena ulangtahun Durex yang ke lapan puluh dan dikeluarkan pada tahun 2009 dan aku pula baru mula nak cari pada hampir penghujung 2010. Patut la.....

















2 comments:

Iaryylr said...

syabas bro! pasti ada lagi 4 set yang belum dipost kan?, dah dapat keychain pepsi ke Bro?

Spallan said...

yeahhh, betul tu Bro. keychain pepsi? ada nampak iklannya di kedai hijau kuning tapi belum berkesempatan untuk mengangkut. sikit lagi le tu Bro...