Monday, February 6, 2012

Super Tsunami

Yang ni, orang lain dah berzaman dapat, aku baru saja jumpa minggu lepas kat rak Metrojaya. Sebenarnya aku dah pernah jumpa dulu tapi entah apasal aku boleh hold, rileks dulu, tak terus angkat buat pekasam. Last-last menyesal sebab tak sambar. Orang tua-tua dah kata, adat collector bila dah jumpa idaman kalbu, jangan buat tak tahu, terus angkat saja satu...

Akibat melanggar pantang larang, langsung punah harapan sebab lepas tu lamaaa tak nampak kat rak-rak sampailah minggu lepas baru bersua kembali. Kali ni aku tak kasi peluang, terus angkat sebiji (ada sebiji ni pun...) dan pi bayaq kat cashier. Tiba-tiba, tak sempat aku nak buat-buat apa-apa cik cashier terus mengoyak sticker pada belakang card dengan rakusnya sehingga meninggalkan efek yang agak horror seperti kat bawah tu. Apa boleh buat, nak tunggu jumpa yang lain entah berapa purnama lagi perlu dilalui, itu pun kalau ada nasib menyebelahi. Takpalah, card-nya sahaja yang jahanam, keretanya ok kan...kan...kan?












3 comments:

iaryylr said...

sayang bro kalau rosak, tapi kalau tidak melepas pula :)

fairus said...

WAH.. MACAM TSUNAMI.. MAKSUDNYA MUNGKIN LAJU, ATAU PEMUSNAH..

Spallan said...

betul tu bro iaryylr, daripada melepas baik angkat saja...

...memang macam tsunami