Saturday, February 11, 2012

tunai & bawa...?

Masih ingat dengan hypermarket Makro? Sekarang dah takda lagi, Tesco dah ambil alih kesemuanya. Apa yang tinggal (pada aku) hanyalah beg plastik merahnya (seperti di bawah tu) dan beberapa kadnya.





Sewaktu Makro masih beroperasi dahulu, hampir kesemua barangan stationary-nya berjenama Total Office Centre. Jenama ini seterusnya beroperasi sendiri dan mempunyai kedai berasingan dan mengeluarkan kad loyaltinya sendiri seperti di bawah ini.





Kedai Total Office Centre ini terus beroperasi walau pun Makro telah tiada lagi. Namun lama-kelamaan ia juga mengalami nasib yang sama juga. Kedainya yang terakhir aku pergi adalah di Brickfields, Kuala Lumpur. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan ...dah masuk kotak.



2 comments:

iaryylr said...

Wah, Bro nikths ada katalognya tidak silap, emm bayangkanlah kalau nasib tesko, Giantt, Jusko pun macam ini hu hu hu!

fairus said...

MAKRO DAH TAKDE EK.. PERNAH DENGAR DULU NAMA NI.. TAPI KAT MELAKA TAKDE.. KAT SEREMBAN KOT DULU ADA..