Friday, December 14, 2012

1:1...bukan skala

Pastinya ramai para collector dan juga yang hanya suka-suka, dah ada set sudu garfu Coca Cola ni. Hahaha...cuma aku ni saja yang baru dapat set ni dan hari ini post dalam blog. Sebenarnya aku tahu akan kewujudan set ni di pasaran, teringin juga nak memiliknya tapi setelah mengetahui syarat pengerasnya kena beli tiga botol satu setengah liter baru boleh dapat satu set....aduhhhh. Ayaq Coke kalau tiga botol boleh guna buat mandi takpa, senapas je boleh habis, ni nak buat minum. Kalau nak dapatkan setengah dozen set sudu garfu ni baru nak nampak indah, apa nak jadi dengan duapuluhtujuh liter ayaq Coke, boleh buat cake? Hahaha sendri mau ingat la...

Tapi takpa, nak jadi cerita, satu hari tu aku ke kedai namnam terbalik dan ternampak akan set sudugarfu ni dan aku saja ja tanya kat brader yang jaga kaunter tu, kena beli berapa Coke nak dapat sudugarfu tu?  Brader tu dengan selamba menjawab, "abang beli satu Coca Cola besar dapat satu ni...". Aku ulang sekali lagi soalan aku tu perlahan-lahan sebab nakkan kepastian dan jawapan brader tu tetap sama, beli sebotol dapat satu set. Lepas tu, bak kata pepatah Mr Brown, "my good friend, the rest is history...". 






4 comments:

Edilelly Smkpj said...

beli coke bukan sebb nak minum airnya.. tapi nak giftnya.. hehe..

fairus said...

BOLEH HIRUP COCA COLA GUNA SUDU TU.. :)

Spallan said...

Edilelly Smkpj.....hahaha, sudah tentu. :)

fairus...kena guna banyak sudu baru cepat habis hehehe

Wak Gelas said...

jangan main-main bro, untuk lapan tahun keatas saja.,harhar2