Asyik dok post kereta kenit je, hari ni pasal pengeluar minyak kereta pula. Haaa....ini dia, minyak-dalam-kotak, keluaran terbaru daripada Shell. Hehehe, acah aje..... Ini sebenarnya kotak tisu souvenir daripada Cik Amoi Shell. Macam mana dapat, ini ceritanya...
Sewaktu berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah yang sesak, tiba-tiba aku ditegur oleh Cik Amoi berpakaian serba kuning dan berskirt pendek, langsung menanya nama aku dan meminta nombor telefon aku. Kalau aku ni orang putih dah semestinya aku berkata..."I must have died and gone to heaven...". Nasib baik aku ni baru je lepas makan nasi dengan tangan berlaukkan gulai ikan dan ulam.
Jadi aku pun buat-buatlah tanya, nak buat apa nama dan nombor telefon aku? Rupa-rupanya, kerja dia adalah mengumpul maklumat itu dan sesiapa yang bekerjsama akan dihadiahkan sekotak tisu seperti di bawah ini...
...dan pelekat cukai jalan macam yang ini. Hahaha, senang je nak dapat. Errr...tapi sampai sekarang Cik Amoi tu masih belum lagi menelefon aku.
Ini pula souvenir tisu daripada Petron, kedai minyak yang pada waktu malamnya, memancar-mancar lampu logo merah dan birunya. Namun, ada kisah juga macamana aku boleh dapat tisu ni. Begini kisahnya.....
Sewaktu sedang asyik memandu di sebatang jalan yang tak berapa sibuk, aku terpandanglah akan stesen minyak Petron ni dan notis, isi minyak dapat tisu free. Kena pula masa tu minyak dah ala-ala nak pupus, ada chan la aku nak cuba minyak baru ni...
Maka aku pun memberi isyarat ke kiri dan parking di ruang mengisi minyak. Bila aku dah parking baru aku perasan, laaaa...stesen ni tengah dibikin rupanya. Bangunan kedai/kaunter bayaran masih belum siap sempurna, yang ada cuma kontena ala-ala office kontraktor yang digunakan sebagai kaunter bayaran sementara. Takpalah, janji boleh bayar...
Bila masuk ke dalam, masa nak hulurkan duit tiba-tiba Cik Nona yang jaga kaunter tu kata, "minta maaf encik, semua pam ada tanda X, tak boleh isi minyak...tak tahulah kenapa, baru kejap ni jadi". Adusss, entah apa si kontaraktor tu bikin, tiba-tiba semua pam boleh jam.
Aku tunggu juga, kot-kot hal ni sekejap saja. Tapi setelah beberapa biji pisang habis aku makan (hari tu Jumaat, pisang free...). Aku pun beritahu Cik Nona tu, "takpalah 'dik, saya balik dulu, bagilah saya tisu tu sekotak buat souvenir, dah lama tunggu..." Cik Nona pun bagi aku sekotak sambil tersenyum...
1 comment:
LEPAS NI DAH KENA CARI PETRONAS, BHP, CALTEX DAN LAIN-LAIN.. :)
Post a Comment