Wednesday, February 22, 2012

ang pow takda, ini ada...

Set decor Coca Cola dan F&N yang boleh digantung bagi menceriakan lagi suasana sewaktu musim perayaan. Sebenarnya set ini adalah sebahagian daripada prop promo (yang besar) yang banyak terdapat di pasaraya tempatan sempena perayaan Tahun Baru Cina bulan lepas. Setelah tamat tempoh promonya, ambil sajalah buat souvenir...






Tuesday, February 21, 2012

Ryu, Ken dan Chun Li...

Bermula dengan game Street Fighter pada tahun 1987, Street Fighter II telah dikeluarkan pada tahun 1991 dengan lebih banyak karakter dan special moves yang lebih menarik dan penuh aksi. Aku masa tu taklah berapa tera main game ni tapi bila pi tengok budak-budak lain main (yang tera le), memang mengasyikkan, macam-macam style diorang ni boleh buat, dari tangan keluar api la, tendangan ala helikopter la, terbang sana, terbang sini dan macam-macam lagi. Dan depa ni pula dengan hanya berbekalkan dua kupang, boleh main  lama betul. Aku rasa sampai naik kematu pun tak habih-habih lagi main. Kalau aku pula, dalam beberapa minit saja dah clear. Bukannya lawan aku yang clear tapi aku punya yang dah jalan, sekejap saja.....kahkahkah. Ok, kat bawah ni adalah set trading cards Street Fighter II yang ada aku kumpul. Mempamirkan karakter-karakter Street Fighter II dalam pelbagai aksi, semuanya berjaya aku kumpul dan complete, termasuklah set chase cards jigsaw dan set kad foilnya. 















Ini pula adalah set kad holographic Street Fighter II. Aku tak pasti akan berapakah jumlah kadnya bila complete. Yang aku ada pun cuma ini saja...
















Monday, February 20, 2012

hari raya & krismas...

Sedikit iklan promosi dari Shell, ayaq tin ada, ayaq botoi ada, kerepek pun ada, pilih saja...













Sunday, February 19, 2012

yang berani saja...

Batman: The Brave & the Bold merupakan sebuah siri animasi yang telah mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 14 November 2008. Berlangsung selama tiga musim (enampuluhlima episod), setiap episod menggandingkan Batman dengan sekurang-kurangnya satu karakter super-hero dari dunia DC Comics dan yang selebihnya biasalah, geng baik lawan dengan geng jahat, dan hero pasti menang. Sempat juga aku tengok siri ini (walau pun tak kesenmuanya) dan di bawah ini pula adalah toy line dari siri tersebut yang sempat aku kumpul dan ...dah masuk kotak.

Bladewhip Batman





Bataraxe Batman





Crusher Cuffs Batman





Batman vs Black Manta






Power Pack





Aqua Jet





Power Prop





Bug Zapper





Transforming Batcycle





Batmobile