Sunday, August 18, 2013

...sampul kosong lagi

Masih lagi dalam mood raya, jalan-jalan di pasaraya, ternampaklah pula akan minuman kesukaan ramai ni. Nampak macam biasa saja kan? Nanti...


Haaa...anda nampak, apa yang aku nampak?
Yaaa...percumaaa, satu set raya paket katanya.


Sebelum ni aku ada dengar akan kewujudan sampul raya Milo ni, kelibatnya juga pernah aku nampak di fb-fb para pengumpul tegar sampul duit raya. Ingat kot ada chan' le aku terserempak dengan mana-mana Cik Milo yang dapat menghulurkan kat aku barang sebungkus dua sampul idaman ni. Namun sangkaan ku meleset.....



Rupanya, setelah hadirnya bulan Syawal yang mulia ini barulah dapat aku berjumpa dengan set sampul raya Milo ni, itu pun dalam kotak yang ber-sealedTak apalah, kena beli Milo, pun belilah.... 


1 comment:

iswadi idris said...

ada extra sampul raya milo ini lagi?
sgt cantik..
0162973489
encikwady786@gmail.com